Tuesday, January 14, 2014

Kelahiran kekasih hati, Rasulullah...

bismillahirrahmanirrahim...

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. 

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 

Sujud syukur kepada Allah yang masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua, hamba-Nya untuk meneruskan kehidupan semata2 untuk mencari keredhaan Allah.. 
Kita juga masih diberi peluang untuk beribadat dan bertaubat atas dosa-dosa yang kita lakukan..



12 Rabiul Awal...

Tarikh yang dinanti2 oleh semua umat Islam. Tarikh kelahiran kekasih hati Baginda Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam.. Hari ini, 12 Rabiul Awal. Terasa tak dalam hati ni ada sedikit rasa rindu pada Baginda? Pernah tak kita merasa ada sedeikit rasa rindu pada junjungan besar Nabi Muhammad? 



Allah berkata,
 "Wahai manusia, celaka lah kamu seandainya kamu mengasihi dan mengingati makhluk lain lebih daripada kamu mengingati Allah dan Rasul". 

Kita sekarang ni macam mana ye? Kita sekarang ni sayangkan keluarga lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita sekarang sayangkan suami lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita sekarang sayangkan sahabat lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita hari ni sayangkan pakwe/makwe lebih daripada sayangkan Allah, Rasul, Ibu bapa, keluarga, suami, sahabat. Kita hari ini juga sayangkan harta lebih daripada Allah, Rasul, Ibu bapa, keluarga, suami dan sahabat. Malah ada juga kita hari ini sayangkan harta lebih daripada iman dan Islam. Allahuakbar.. dunia akhir zaman.. Pelbagai ragam manusia kita boleh lihat. 

Cuba kita renung kembali siapa Rasulullah.. Siapakah Muhammad ini. Cuba kita renung kembali sirah Baginda. Subhanallah.. Tabarakallah... Seorang insan agung yang mana keagungannya telah tertulis sebelum kelahiran Nabi Adam lagi. Allah berbicara bersama Malaikat. 

Malaikat bertanya,
 "Wahai Tuhanku, siapakah insan yang engkau pilih ini? Siapakah insan yang akan menjadi Rasul mulia ini yang akan memberi syafaat kepada semua makhluk? Adakah Nabi Adam? Adakah Nabi Isa? Adakah Nabi Musa? Adakah Nabi Nuh?" 

Allah berkata, 
"Tidak. Insan itu adalah kekasih Aku, Muhammad. "

Subhanallah.. betapa Allah juga mengaku bahawa Muhammad itu kekasih-Nya. Kita juga perlu sedar dan perlu cuba untuk menjadi kekasih Baginda. Macam mana caranya? Sebagaiman kita sayangkan ibu ayah, suami, isteri, sahabat, pakwe/makwe dengan sentiasa nak  bertemu mata dengan mereka, berbual, bermanja.. Sebegitulah kita perlu sentiasa mengingati Baginda. Walaupun Baginda jauh di mata, tiada di mata, tetapi tidak mustahil bagi kita untuk merasa rindu pada Baginda. Hati ini perlu dibasahkan dengan selawat pada Baginda. Hati ini perlu sentiasa mengingati Baginda. Akhlak Baginda adalah Al Quran. Di sini bermaksud, akhlak Baginda ialah akhlak yang terdapat dalam Al Quran. Al Quran diturunkan oleh Allah. Semestinya tiada cacat cela isi yang terkandung dalam Al Quran. Dan sudah semestinya tiada cacat cela akhlak Rasulullah seperti tiada cacat celanya kalam Allah. Subhanallah...

Dulu, munculnya tarikh 12 Rabiul Awal, dalam hati ni tiada kesan apa2 pun. Hanya merasa seperti hari2 yang biasa. Tak merasa pun rindu pada Nabi. Tapi tahun ni, subhanallah.. Allah jentikkan hati aku untuk merasa rindu dan sayu pada Baginda. Terasa cemburu kepada Sahabat Nabi kerana mereka semua berada dekat dengan Baginda. Sayunya hati ni kerana tak sempat melihat wajah Rsulullah. Tetapi iman membataskan dan mengatakan bahawa sekiranya mata ini mahu bertentang dengan mata Rasulullah, sentiasa berselawat pada Baginda. Moga syafaat diberikan oleh Baginda selepas dibicarakan di hadapan Allah kelak.. 

~Jom kita basahkan lidah dengan berqasidah dan berselawat pada Baginda Muhammad.. 




Friday, January 3, 2014

Tahun Baru, Azam baru..

bismillahirrahmanirrahim...

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. 

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 

Sujud syukur kepada Allah yang masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua, hamba-Nya untuk meneruskan kehidupan semata2 untuk mencari keredhaan Allah.. 
Kita juga masih diberi peluang untuk beribadat dan bertaubat atas dosa-dosa yang kita lakukan.. 



baiklah, setelah sekian lama tak mengemas kini blog ni, Alhamdulillah hari ni, Allah bagi lagi peluang untuk aku kongsi ilmu yang tidaklah seberapa ini dalam entry ini. 

Baik, hari ni 3 January 2014. ehh? dah masuk 2014 da.. eheee...kejapnya! Tahun 2013 membawa diri, kembali kepada Yang Maha Esa. Pejam celik, pejam celik.. Tahun ni tahun terakhir aku menuntut ilmu sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Kota Bharu. Subhanallah... cepatnya masa berlalu.. dalam fikiran ni segar lagi ingatan pertama kali daftar ke sini. dengan muka hingusannya... tapi sekarang semuanya  bakal berakhir. Alhamdulillah dengan izin Allah, ujian  yang diberikan dapat aku tempuh dengan kekuatan yang dipinjamkan daripada Allah Yang Maha Segala-galanya. 


 




Azam baru? kita manusia ni, asal masuk tahun baru saja, akan fikir azam baru. Azam lama menghilang tanpa jejak macam tu je. huhu~ Ada juga rakan-rakan saya jumpa yang mana apabila ditanya tentang azam mereka, dengan muka yang selamber saja mereka cakap "Azam tahun ni macam tahun lepas la." Berdasarkan jawapan yang diberikan, di sini kita boleh lihat bahawa manusia ni kadang-kadang terlupa pada azam yang mereka janjikan. 

Awal tahun baru, semua sibuk menanam keazaman. Tapi ada di antara kita yang mana tak sampai sebulan, azam yang ditanam tu makin layu. Ada juga antara kita yang mana masuk saja tarikh 5 Jan, azam hilang macam tu saja. Tetapi ada dalam kalangan kita, azam tahun baru ini dipegang dan berusaha untuk mencapai. Contohnya, anak-anak yang menghafal Al-Quran, mereka akan berusaha untuk khatamkan Al-Quran tersebut. Calon SPM, mereka akan berusaha untuk mendapatkan gred terbaik masing2. Masing2 ada target tersendiri. Man Jadda wa jada. Siapa yang berusaha, dia akan mendapatkannya. Tetapi perlu diingat, sekiranya kita tidak mendapat apa yang kita usahakan, itu tanda Allah menguji keimanan.
sentiasa berbaik sangka dengan Allah Yang Maha Mengetahui.



Azam aku?? 
Azam aku.. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Dalam konteks berubah ke arah yang lebih baik sekarang ni, aku berazam untuk menjadi seorang PENDIDIK. Mendidik ni bukan senang. Kadang kala kita manusia ni mempunyai niat yang baik. Niat nya untuk mengajak rakan-rakan untuk sama-sama menjadi baik. Tetapi kaedah yang kita gunakan agak kasar dan lebih kepada menasihat, menegur. Kadang kala menyebabkan orang lain terasa hati. Aku sendiri tak cakap pada orang lain tapi lebih kepada diri sendiri. Aku sedar sekarang ni aku lebih kepada memberi nasihat, menegur rakan.. Ada sesetengah manusia boleh menerima teguran dan nasihat. Tetapi sesetengah orang tak boleh menerimanya. Jadi, aku sekarang cuba untuk menegur sambil mendidik. Jika tidak menegur sekali pun, akuingin menjadi seseorang yang boleh mendidik orang lain. Allah, beratnya! Tapi TAK ADA YANG MUSTAHIL. 

Seseorang pernah bagitau, yang memberi hidayah ni Allah. Jadi, kita sebagai hamba-Nya, kita cuba berusaha dan berdoa agar Allah jentikkan hati mereka untuk menerima teguran kita. Allah Allah Allah... Tiba-tiba teringat Rasulullah. Seorang insan yang agung. Baginda seorang pendidik yang baik. Ramai sahabat yang kaya raya memeluk Islam. Apa kuncinya ya? Teringat pula kisah Nabi Musa berlawan dengan 72 orang ahli sihir Fir'aun. Kesudahannya, ahli sihirtersebut memeluk Islam serta merta. Apa kuncinya? Adakah mu'jizat yang menjadi kunci? Tidak.. kerana mu'jizat yang ada diberikan pada Nabi lain tidak dapat menarik semua kaum mereka memeluk Islam. Dicari-cari jawapan tu sehinggalah mendengar seorang pendakwah ini berkata.. Kunci yang ada pada Nabi-nabi ialah ADAB DAN AKHLAK. Dengan akhlak yang beradab, ramai yang memeluk Islam. Sebaik-baik akhlak ialah akhlak Baginda Muhammad. Subhanallah...

Jadi, secara kesimpulan yang dapat saya berikan ialah kunci untuk mendidik ialah, jadi seperti akhlak Rasulullah.. =) Wallahua'lam...

Monday, November 18, 2013

Allah sentiasa bersama kita..

bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...

Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam.. 
Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam.. 
Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam.. 

alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk bertaubat atas dosa2 yang dilakukan. banyaknya dosa.. Allah,.. Allah Allah..

hari ni rasa  nak kongsi suatu nukilan daripada saudara baru.. nukilan ni banyak sangat memberi keinsafan pada diri.. 

Iman itu indah
andai kau menghiasinya dengan taqwa & taat.

Islam itu indah
andai kau tahu bagaimana untuk menghormatinya
& menuruti segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.

Teman itu mulia
jika dia mengetuai perjalanan kita menuju kepadaNya dengan benar.

Wanita itu cantik
andai akhlaknya mulia, mempunyai peribadi yang tinggi,
menjaga maruahnya dan suci hatinya daripada noda..

Jika satu hari kau rasa kau akan terjatuh,
ingatlah bahawa Allah ada disebelahmu,
dan sentiasa memberikan kau semangat untuk terus dan terus bangun.

Jika satu hari kau rasa kau akan gagal,
ingatlah bahawa kegagalan itu adalah satu ujian.

Jika satu hari kau rasa kau tidak akan lulus ujian Tuhan ini,
janganlah kau berputus asa,
ujian Tuhan memanglah berat,
tetapi hasilnya adalah untukmu,
dan tiada lain, hanya untukmu,
kau akan mendapat darjat yang tinggi disisiNya..

Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar,
ceritakanlah segala apa yang kau mahu,
Dia pasti mendengar rintihan hatimu
dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..

Jika satu hari kau rasa bosan dengan hidup,
bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya,
sesungguhnya umat sebelummu,
lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...

Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
sabarlah tenanglah

Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
Biarkan mereka mengambil alih dosamu
dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan... 

Tuesday, October 8, 2013

Kenangan Dinner Blok B

bismillahirrahmanirrahim...

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa salla.. 
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa salla..
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa salla..
Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... 

sujud syukur pada hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang untuk kita beribadat dan bertaubat kepada-Nya.. Moga kita sentiasa menjadi org yang sentiasa memikirkan tentang dosa yang dilakukan untuk dijadikan pengajaran.. amin...


Alhamdulillah kali ni dah lebih seminggu kot aku tak post entry baru. masuk asrama jadi busy sikit. dengan esaimen yang baru je siap hantar, dengan kesihatan diri yang baru sahaja makin baik.. alhamdulillah.. =) 

malam tadi, 07 Oktober 2013, bersamaan 2 Zulhijjah.. ada jamuan makan malam untuk kolej kediaman aku. penghuni blok B. alhamdulillah masuk ni dah kali ke 4 rasanya acara makan malam macam ni diadakan. apa yang uniknya malam tadi ialah... temanya Hari Raya! biasanya tema yang kita guna.. flower girl, black orange, ladies in red.. n so on kan.. malam tadi temanya Hari Raya. 


alhamdulillah, malam tadi, for the first time, aku ke majlis makan malam, mata aku tak sakit. bisasa sebelum2 ni mata ni denyut2 je sebab tengok kenalan2 aku yang lain pakai baju tak cukup kain, pakai baju yang lut cahaya n lut sinar la.. malam tadi semuanya sopan. mengenakan pakaian raya masing2. alhamdulillah =) 



malam tadi jugak aku perasan bahawa ramai adik2 yang aku tak kenal lagi. ye lah, adik2 masuk ipg bulan 7. akhir bulan 7 aku dah praktikum. dah tak ada di asrama. memang tak kenal sangat la kan. tapi malam tadi alhamdulillah aku peluang untuk berbicara dengan rakan2, adik2. alhamdulillah Allah bagi ruang untuk melepaskan rindu dengan adik2.. =) 






aku tinggal setahun lagi untuk ada di asrama. tahun depan, praktikum fasa 3, 3 bulan. aku dah tak stay di asrama. kena tinggal lagi la rumet aku nampaknya. maafkan kakak mu ye adik ku sayang =) 





ok lah. got to go. ready untuk ke pantai petang ni. salam =)

Friday, September 27, 2013

It's My Day..

bismillahirrahmanirrahim..
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..
Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

sujud syukur pada Allah kerana menciptakan langit dan bumi dan perhiasan di dalamnya.. moga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur.. amin.. 



actually, today's my birthday.. 



yeaaayy..... seronoknya apabila tiba waktu hari ulang tahun kelahiran ni. kenapa? sebab aku tahu, aku semakin dekat dengan kematangan. aku semakin dekat dgn usia yg membolehkan aku mencapai impian aku...

tapi....

aku lupa bahawa aku sedang menghampiri detik kematian.. pertunangan bersamanya sudah diikat.. hanya menunggu untuk majlis akad sahaja.. sampai majlis akad itu, semuanya akan berubah. kehidupan yang baru perlu aku harungi.. Allahuakbar, hanya Engkau yang tahu bilakah waktu akad ku.. 



Kali pertama.. selama beberapa tahun aku sambut birthday dengan senyuman. tapi kali ni, aku menyambut hari lahir dengan air mata. sememangnya aku terkenal dengan perempuan yang sangat pemurah dengan air mata. air mata sentiasa buat promosi untuk jatuh ke bumi.. 
hati yang tidak tenang. kepala yang runsing. kaki lemah longlai, seakan-akan boleh jatuh bila2 masa saja.. Allahu, ujian apakah ini? diuji pula dengan hati.. tambahan lagi aku bermasalah dalam perhubungan istimewa antara insan yang sudah aku anggap ayah dan ibu sendiri.. aku merosakkan hubungan ini. Allahu, jahatnya aku. tapi waktu ini jg Allah bukakan hati aku untuk menjernihkan hubungan ni. bertindih-tindih ujian Allah bagi. kenapa?? kenapa ya Allah? lama difikirkan.. sekarang, sudah ada jawapannya.. 

kerana aku makin lama makin jauh dengan-Nya

ya Allah, ampunkan dosa ku. ampunkan silapku. ampunkan segalanya. apa yang belaku pada aku saat ini, memberikan aku satu keinsafan. aku mulakan dengan menyambut ulang tahun kelahiran aku dgn sujud syukur. alhamdulillah, selama 22 tahun aku di muka bumi Allah, tak pernah sekali pn aku sujud syukur setiap kali tarikh 27 september. Allah, hebatnya Engkau. menarik perhatianku dengan memberiku ujian hati.hebatnya Engkau, memikatku dengan ujian ini. 

Ya Allah, kuatkan aku dalam mengharungi ujian -Mu. kuatkan aku untuk aku istiqamah menjadi mukminah.. amin...


Kamu!!! Temanku...

bismillahirrahmanirrahim..



Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.

Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam..



Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan semester alam, menjadikan langit dan bumi dan kehidupan di dalamnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Baginda Rasulullah, Nabi Muhammad yang menjanjikan syafaat kepada umat yang mengikuti ajaran Islam.. Isyfa'lana ya Muhammad... 





entry kali ni, kamu!! kali ni aku fokus pada seorang teman. pernah tak kita merasakan bahawa kadang kala, sahabat baik sendiri tak boleh menjadi pendengar yang baik bagi sesuatu hal. dan kadang kala kita memerlukan seorang teman yang lain untuk menjadi pendengar bagi masalah itu sahaja? pernah tak terfikir kenapa semua jadi macam tu? macam biasa, jawapan aku hanya satu... sebab


Allah pertemukan kita dengan seseorang ada hikmahnya. hikmahnya adalah untuk saling melengkapi

melengkapi bukan sahaja untuk suami isteri. tetapi dalam hubungan persahabatan jua. dalam hubungan kawan juga. dalam hubungan teman juga. dan kadang kala dalam hubungan musuh. Allah Maha Hebat, menciptakan kita untuk melengkapi..

Seni Muzikal dalam kenangan..~


alhamdulillah, aku juga dikurniakan insan-insan yang sering berada di sampingku. di kala aku berduka, sering kali dia titipkan doa utk ku. nasihat, memujuk hatiku. melemparkan kata-kata semangat untuk aku sentiasa mengingati Allah. Allah Maha Kaya, menganugerahkan aku insan ini. di kala aku buntu, sering kali dia memberikan aku cadangan untuk aku fikir dan mencari jalan penyelesaian. ilmu tidak pernah dia simpan seorang diri. aku mengambil pengajaran daripada kisahnya. dia mengambil pengajaran daripada kisahku. Subhanallah, cantik sungguh anugerah -Mu ini ya Allah.. 

4 tahun lepas~
segala teguran dan pendapat aku, dia ambil. dia tidak pernah malu untuk bertanya mengenai Matematik. huhu kadang kala merasa seperti aku sedang menjadi guru untuknya. subhanallah, aku tak pernah merasa terpinggir apabila bersamanya. setiap kata2 ku, dianggap ilmu untuknya. setiap percakapan ku, di dengarinya dengan teliti.. subhanallah, indahnya ciptaan-Mu.. 
sakinah.. zahrah..








Memori Tidak Akan Pernah Hilang..

bismillahirrahmanirrahim..


Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.

Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam..


Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan semester alam, menjadikan langit dan bumi dan kehidupan di dalamnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Baginda Rasulullah, Nabi Muhammad yang menjanjikan syafaat kepada umat yang mengikuti ajaran Islam.. Isyfa'lana ya Muhammad... 





dah beberapa hari tak sharing ilmu dalam blog ni. ilmu ini bukan sahaja di dalam kelas dan kuliah semata-mata. ilmu boleh wujud pada bila2 masa, dalam apa jua keadaan. ilmu bukan dituntut dengan orang yg lebih tua sahaja. kadang2 anak2 kecil juga mampu memberikan sedikit ilmu kepada orang yang lebih dewasa. Pengalaman juga satu ilmu. pengalaman budak2 sekolah yang membuat karangan dalam kelas juga boleh dijadikan ilmu kepada pembaca.. 



jadi, entry kali ini berkaitan dengan memori yang tidak akan pernah hilang. Memori, apa itu memori? bisakah seandainya saya mengatakan memori itu suatu kenangan? dalam bahasa mudah bagi saya ialah, memori itu suatu pengalaman seseorang dan dianggap sebagai kenangan. 



kenangan.. siapa kah manusia yang mudah lupa pada kenangan lama? kebiasaannya, kenangan ni akan kita ingat kerana kita terlalu gembira dengan sesuatu perkara yang berlaku ataupun kita terlalu sedih dengan sesuatu perkara yang berlaku. ringkasnya, kenangan merupakan suatu peristiwa penting bagi seseorang individu sama ada peristiwa manis ataupun pahit. 



kenangan penting untuk kita memperbaiki diri untuk mengharungi kehidupan pada masa akan datang. kenangan yang pahit dijadikan iktibar dan ambil pengajaran daripada apa yang berlaku. kenangan yang manis jadikan sebagai penguat diri untuk terus menghadapi ujian yang mendatang. ingat, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..