Tuesday, January 14, 2014

Kelahiran kekasih hati, Rasulullah...

bismillahirrahmanirrahim...

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. 

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 

Sujud syukur kepada Allah yang masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua, hamba-Nya untuk meneruskan kehidupan semata2 untuk mencari keredhaan Allah.. 
Kita juga masih diberi peluang untuk beribadat dan bertaubat atas dosa-dosa yang kita lakukan..



12 Rabiul Awal...

Tarikh yang dinanti2 oleh semua umat Islam. Tarikh kelahiran kekasih hati Baginda Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam.. Hari ini, 12 Rabiul Awal. Terasa tak dalam hati ni ada sedikit rasa rindu pada Baginda? Pernah tak kita merasa ada sedeikit rasa rindu pada junjungan besar Nabi Muhammad? 



Allah berkata,
 "Wahai manusia, celaka lah kamu seandainya kamu mengasihi dan mengingati makhluk lain lebih daripada kamu mengingati Allah dan Rasul". 

Kita sekarang ni macam mana ye? Kita sekarang ni sayangkan keluarga lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita sekarang sayangkan suami lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita sekarang sayangkan sahabat lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita hari ni sayangkan pakwe/makwe lebih daripada sayangkan Allah, Rasul, Ibu bapa, keluarga, suami, sahabat. Kita hari ini juga sayangkan harta lebih daripada Allah, Rasul, Ibu bapa, keluarga, suami dan sahabat. Malah ada juga kita hari ini sayangkan harta lebih daripada iman dan Islam. Allahuakbar.. dunia akhir zaman.. Pelbagai ragam manusia kita boleh lihat. 

Cuba kita renung kembali siapa Rasulullah.. Siapakah Muhammad ini. Cuba kita renung kembali sirah Baginda. Subhanallah.. Tabarakallah... Seorang insan agung yang mana keagungannya telah tertulis sebelum kelahiran Nabi Adam lagi. Allah berbicara bersama Malaikat. 

Malaikat bertanya,
 "Wahai Tuhanku, siapakah insan yang engkau pilih ini? Siapakah insan yang akan menjadi Rasul mulia ini yang akan memberi syafaat kepada semua makhluk? Adakah Nabi Adam? Adakah Nabi Isa? Adakah Nabi Musa? Adakah Nabi Nuh?" 

Allah berkata, 
"Tidak. Insan itu adalah kekasih Aku, Muhammad. "

Subhanallah.. betapa Allah juga mengaku bahawa Muhammad itu kekasih-Nya. Kita juga perlu sedar dan perlu cuba untuk menjadi kekasih Baginda. Macam mana caranya? Sebagaiman kita sayangkan ibu ayah, suami, isteri, sahabat, pakwe/makwe dengan sentiasa nak  bertemu mata dengan mereka, berbual, bermanja.. Sebegitulah kita perlu sentiasa mengingati Baginda. Walaupun Baginda jauh di mata, tiada di mata, tetapi tidak mustahil bagi kita untuk merasa rindu pada Baginda. Hati ini perlu dibasahkan dengan selawat pada Baginda. Hati ini perlu sentiasa mengingati Baginda. Akhlak Baginda adalah Al Quran. Di sini bermaksud, akhlak Baginda ialah akhlak yang terdapat dalam Al Quran. Al Quran diturunkan oleh Allah. Semestinya tiada cacat cela isi yang terkandung dalam Al Quran. Dan sudah semestinya tiada cacat cela akhlak Rasulullah seperti tiada cacat celanya kalam Allah. Subhanallah...

Dulu, munculnya tarikh 12 Rabiul Awal, dalam hati ni tiada kesan apa2 pun. Hanya merasa seperti hari2 yang biasa. Tak merasa pun rindu pada Nabi. Tapi tahun ni, subhanallah.. Allah jentikkan hati aku untuk merasa rindu dan sayu pada Baginda. Terasa cemburu kepada Sahabat Nabi kerana mereka semua berada dekat dengan Baginda. Sayunya hati ni kerana tak sempat melihat wajah Rsulullah. Tetapi iman membataskan dan mengatakan bahawa sekiranya mata ini mahu bertentang dengan mata Rasulullah, sentiasa berselawat pada Baginda. Moga syafaat diberikan oleh Baginda selepas dibicarakan di hadapan Allah kelak.. 

~Jom kita basahkan lidah dengan berqasidah dan berselawat pada Baginda Muhammad.. 




Friday, January 3, 2014

Tahun Baru, Azam baru..

bismillahirrahmanirrahim...

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. 

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 

Sujud syukur kepada Allah yang masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua, hamba-Nya untuk meneruskan kehidupan semata2 untuk mencari keredhaan Allah.. 
Kita juga masih diberi peluang untuk beribadat dan bertaubat atas dosa-dosa yang kita lakukan.. 



baiklah, setelah sekian lama tak mengemas kini blog ni, Alhamdulillah hari ni, Allah bagi lagi peluang untuk aku kongsi ilmu yang tidaklah seberapa ini dalam entry ini. 

Baik, hari ni 3 January 2014. ehh? dah masuk 2014 da.. eheee...kejapnya! Tahun 2013 membawa diri, kembali kepada Yang Maha Esa. Pejam celik, pejam celik.. Tahun ni tahun terakhir aku menuntut ilmu sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Kota Bharu. Subhanallah... cepatnya masa berlalu.. dalam fikiran ni segar lagi ingatan pertama kali daftar ke sini. dengan muka hingusannya... tapi sekarang semuanya  bakal berakhir. Alhamdulillah dengan izin Allah, ujian  yang diberikan dapat aku tempuh dengan kekuatan yang dipinjamkan daripada Allah Yang Maha Segala-galanya. 


 




Azam baru? kita manusia ni, asal masuk tahun baru saja, akan fikir azam baru. Azam lama menghilang tanpa jejak macam tu je. huhu~ Ada juga rakan-rakan saya jumpa yang mana apabila ditanya tentang azam mereka, dengan muka yang selamber saja mereka cakap "Azam tahun ni macam tahun lepas la." Berdasarkan jawapan yang diberikan, di sini kita boleh lihat bahawa manusia ni kadang-kadang terlupa pada azam yang mereka janjikan. 

Awal tahun baru, semua sibuk menanam keazaman. Tapi ada di antara kita yang mana tak sampai sebulan, azam yang ditanam tu makin layu. Ada juga antara kita yang mana masuk saja tarikh 5 Jan, azam hilang macam tu saja. Tetapi ada dalam kalangan kita, azam tahun baru ini dipegang dan berusaha untuk mencapai. Contohnya, anak-anak yang menghafal Al-Quran, mereka akan berusaha untuk khatamkan Al-Quran tersebut. Calon SPM, mereka akan berusaha untuk mendapatkan gred terbaik masing2. Masing2 ada target tersendiri. Man Jadda wa jada. Siapa yang berusaha, dia akan mendapatkannya. Tetapi perlu diingat, sekiranya kita tidak mendapat apa yang kita usahakan, itu tanda Allah menguji keimanan.
sentiasa berbaik sangka dengan Allah Yang Maha Mengetahui.



Azam aku?? 
Azam aku.. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Dalam konteks berubah ke arah yang lebih baik sekarang ni, aku berazam untuk menjadi seorang PENDIDIK. Mendidik ni bukan senang. Kadang kala kita manusia ni mempunyai niat yang baik. Niat nya untuk mengajak rakan-rakan untuk sama-sama menjadi baik. Tetapi kaedah yang kita gunakan agak kasar dan lebih kepada menasihat, menegur. Kadang kala menyebabkan orang lain terasa hati. Aku sendiri tak cakap pada orang lain tapi lebih kepada diri sendiri. Aku sedar sekarang ni aku lebih kepada memberi nasihat, menegur rakan.. Ada sesetengah manusia boleh menerima teguran dan nasihat. Tetapi sesetengah orang tak boleh menerimanya. Jadi, aku sekarang cuba untuk menegur sambil mendidik. Jika tidak menegur sekali pun, akuingin menjadi seseorang yang boleh mendidik orang lain. Allah, beratnya! Tapi TAK ADA YANG MUSTAHIL. 

Seseorang pernah bagitau, yang memberi hidayah ni Allah. Jadi, kita sebagai hamba-Nya, kita cuba berusaha dan berdoa agar Allah jentikkan hati mereka untuk menerima teguran kita. Allah Allah Allah... Tiba-tiba teringat Rasulullah. Seorang insan yang agung. Baginda seorang pendidik yang baik. Ramai sahabat yang kaya raya memeluk Islam. Apa kuncinya ya? Teringat pula kisah Nabi Musa berlawan dengan 72 orang ahli sihir Fir'aun. Kesudahannya, ahli sihirtersebut memeluk Islam serta merta. Apa kuncinya? Adakah mu'jizat yang menjadi kunci? Tidak.. kerana mu'jizat yang ada diberikan pada Nabi lain tidak dapat menarik semua kaum mereka memeluk Islam. Dicari-cari jawapan tu sehinggalah mendengar seorang pendakwah ini berkata.. Kunci yang ada pada Nabi-nabi ialah ADAB DAN AKHLAK. Dengan akhlak yang beradab, ramai yang memeluk Islam. Sebaik-baik akhlak ialah akhlak Baginda Muhammad. Subhanallah...

Jadi, secara kesimpulan yang dapat saya berikan ialah kunci untuk mendidik ialah, jadi seperti akhlak Rasulullah.. =) Wallahua'lam...