Tuesday, January 14, 2014

Kelahiran kekasih hati, Rasulullah...

bismillahirrahmanirrahim...

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. 

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa baarik wa sallim.. 

Sujud syukur kepada Allah yang masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua, hamba-Nya untuk meneruskan kehidupan semata2 untuk mencari keredhaan Allah.. 
Kita juga masih diberi peluang untuk beribadat dan bertaubat atas dosa-dosa yang kita lakukan..



12 Rabiul Awal...

Tarikh yang dinanti2 oleh semua umat Islam. Tarikh kelahiran kekasih hati Baginda Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam.. Hari ini, 12 Rabiul Awal. Terasa tak dalam hati ni ada sedikit rasa rindu pada Baginda? Pernah tak kita merasa ada sedeikit rasa rindu pada junjungan besar Nabi Muhammad? 



Allah berkata,
 "Wahai manusia, celaka lah kamu seandainya kamu mengasihi dan mengingati makhluk lain lebih daripada kamu mengingati Allah dan Rasul". 

Kita sekarang ni macam mana ye? Kita sekarang ni sayangkan keluarga lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita sekarang sayangkan suami lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita sekarang sayangkan sahabat lebih daripada sayangkan Allah dan Baginda. Kita hari ni sayangkan pakwe/makwe lebih daripada sayangkan Allah, Rasul, Ibu bapa, keluarga, suami, sahabat. Kita hari ini juga sayangkan harta lebih daripada Allah, Rasul, Ibu bapa, keluarga, suami dan sahabat. Malah ada juga kita hari ini sayangkan harta lebih daripada iman dan Islam. Allahuakbar.. dunia akhir zaman.. Pelbagai ragam manusia kita boleh lihat. 

Cuba kita renung kembali siapa Rasulullah.. Siapakah Muhammad ini. Cuba kita renung kembali sirah Baginda. Subhanallah.. Tabarakallah... Seorang insan agung yang mana keagungannya telah tertulis sebelum kelahiran Nabi Adam lagi. Allah berbicara bersama Malaikat. 

Malaikat bertanya,
 "Wahai Tuhanku, siapakah insan yang engkau pilih ini? Siapakah insan yang akan menjadi Rasul mulia ini yang akan memberi syafaat kepada semua makhluk? Adakah Nabi Adam? Adakah Nabi Isa? Adakah Nabi Musa? Adakah Nabi Nuh?" 

Allah berkata, 
"Tidak. Insan itu adalah kekasih Aku, Muhammad. "

Subhanallah.. betapa Allah juga mengaku bahawa Muhammad itu kekasih-Nya. Kita juga perlu sedar dan perlu cuba untuk menjadi kekasih Baginda. Macam mana caranya? Sebagaiman kita sayangkan ibu ayah, suami, isteri, sahabat, pakwe/makwe dengan sentiasa nak  bertemu mata dengan mereka, berbual, bermanja.. Sebegitulah kita perlu sentiasa mengingati Baginda. Walaupun Baginda jauh di mata, tiada di mata, tetapi tidak mustahil bagi kita untuk merasa rindu pada Baginda. Hati ini perlu dibasahkan dengan selawat pada Baginda. Hati ini perlu sentiasa mengingati Baginda. Akhlak Baginda adalah Al Quran. Di sini bermaksud, akhlak Baginda ialah akhlak yang terdapat dalam Al Quran. Al Quran diturunkan oleh Allah. Semestinya tiada cacat cela isi yang terkandung dalam Al Quran. Dan sudah semestinya tiada cacat cela akhlak Rasulullah seperti tiada cacat celanya kalam Allah. Subhanallah...

Dulu, munculnya tarikh 12 Rabiul Awal, dalam hati ni tiada kesan apa2 pun. Hanya merasa seperti hari2 yang biasa. Tak merasa pun rindu pada Nabi. Tapi tahun ni, subhanallah.. Allah jentikkan hati aku untuk merasa rindu dan sayu pada Baginda. Terasa cemburu kepada Sahabat Nabi kerana mereka semua berada dekat dengan Baginda. Sayunya hati ni kerana tak sempat melihat wajah Rsulullah. Tetapi iman membataskan dan mengatakan bahawa sekiranya mata ini mahu bertentang dengan mata Rasulullah, sentiasa berselawat pada Baginda. Moga syafaat diberikan oleh Baginda selepas dibicarakan di hadapan Allah kelak.. 

~Jom kita basahkan lidah dengan berqasidah dan berselawat pada Baginda Muhammad.. 




No comments: