Sunday, May 15, 2011

warkah buat guru....

bismillahirrahmanirrahim... 
agak lama jugak xupdate blog ni.. dekat 5 bulan.. huk3.. entah knpa la baru skrg nk update.. dah la nk exam khamis ni.. sangat bagus kamu wahai bakal guru..!!! 
GURU!!! pendidik.. pentarbiah.. pendakwah.. semuanya guru.. selama 24 jam, mesti ada masa untuk seorang guru.. hemm.. satu cerita yang ingin dikongsi di sini...

tahun 2002.. seorang murid darjah 5.. mendapat gelaran sbgi cik anna.. yg dalam proses mengenal sekeliling.. mengenal keluarga.. menyedari dan mengetahui bahawa dia tidak mempunyai sebuah keluarga yang bahagia sebagaimana orang lain.. dan kadang2 tidak merasa bahawa dia mempunyai seorang ayah.. pada satu tahap, kebencian dalam dirinya amat2 tinggi pada seorang lelaki bernama ayah. pada masa yang sama, dia sedar bahawa semua teman baiknya mempunyai masalah yang sama juga. masalah terhadap seorang lelaki. humm jodoh lah katakan.. semuanya ketentuan Allah..
pada jam 4petang, cik anna and the geng ni ada dalam sebuah rumah kecil milik seorang perempuan, khusyuk menelaah English Education... secara tibe2 je.. salah seorang teman baik cik anna, yang dipanggil cik za, mengeluarkan air mata.. tekejut sume yang ada di dalam rumah kecil tu.. apabila ditanya2 dan dipujuk2 selama beberapa jam, barulah cik za ni cite ape sebab air mata beliau menitis di bumi... dihadapan pemilik rumah tersebut.. cik za cerita bahawa dia sedih sbb baru saja melihat kebingitan, kebisingan, kejatuhan dan semua yang ada ke lah.. akhibat pertengkaran ayah serta ibunya. semua yang ada di situ turut merasai kerana semuanya mempunyai masalah yang sama.. mungkin masalah yang berbeza tetapi tetap dalam kategori yang sama.. at last, semua mata2 yang ada masa tu, bergelora dan berombak dek air jernih ciptaan Allah.. 
tiba2.. pemilik rumah kecil tersebut mengambil langkah dan peranan sbgi tuan rumah... di mana... perempuan tersebut mengatakan bahawa apa2 pun yg berlaku jgn salahkan takdir.. semuanya ada hikmah yang Allah sembunyikan drpd semua.. perempuan itu juga memberikan nasihat dan pujukan kepada semua yang ada mengenai seorang lelaki yang menjadi fokus utama pd hari tersebut. selama beberapa jam jugak la nak habiskan air mata yang bertakung di kelopak mata cik anna and the gang tu.. english education time tu bertukar dgn tears education da.. huk3.. cik anna and the gang mencemuh jugak la pd tuan rumah tu.. ye la.. senang la ckp kan.. bukan dia yg kene. diri yg merasa ni yang perit. banyak kali la cik anna n the gang ni menemuh dgn nasihat2 yg perempuan tu bg. memang xtau di untung la.. dah la dk umah perempuan tu.. boleh pulak dok kutuk2 tuan rumah.. huk3.. cik anna and the gang masa tu.. juz dengar xdengar je la.. ye la malas nk dgr kan.. org dk sedih dk ceramah2 lak org ni.. hati kecil cik anna berkata2.. 
masa nak balik ke halaman msing2.. anak kecil yg bernama alia milik tuan rumah tu datang bawa gamba2 yg dijumpai di dalam bilik stor.. dalam gamba tu, banyak gamba yang telah digunting. dan kebanyakannya gamba lelaki.. di mana ada gamba pengantin, gamba satu keluarga dan macam2 la.. tp semuanya digunting.. hanya tinggal gamba tuan rumah tu n keluarga yang lain saja.. tertanya2 cik anna and the gang masa tu.. siapa lelaki tersebut.. dan cik anna dengan berani nye bertanya anak kecil adik alia tu.. siapakah gerangan nya.. dan adik alia ckp.. gamba yang digunting tu ada dua watak.. satu gamba milik granpa adik alia.. n sorang laki.. milik ayah papa adik alia.. rupa2nya semua nasihat yg diberikan oleh perempuan tu.. berkenaan dgn pengalaman beliau bersama ayah dan bekas suami beliau.. cik anna n the gang sgt2 tekejut... sangat2 bersalah sbb mencemuh nasihat perempuan tu td.. cik anna tau dan sedar bahawa Allah Maha Mengetahui segala2nya.. cik anna tau Allah nk tunjuk pd cik anna n the gang bhw perempuan yg ada depan mata mereka waktu tu, bukan lah perempuan yg biasa. tetapi perempuan yg penuh dengan pengalaman perit yang belenggu hati selama ni.. cik anna sedar.. perit macam mana pn hati cik anna, ada lagi org yg perit berkali2 ganda dengan masalah mereka berbanding cik anna. apa yang cik anna rasakan tu hanya 10% daripada apa yang perempuan tu rsakan...
mulai daripada hari tu, cik anna sring kali menghampiri perempuan tu.. untuk dpt kan banyak lagi nasihat2 drpd beliau.. cik anna sedar bahawa wlu kecil mana pn nasihat yg diberikan oleh perempuan tu, sebenarnya sangat2 mendalam dan bermakna.. sehingga sekarang, cik anna sangat2 berterima kasih pd perempuan tu.. segala ilmu2 dalm english education, cik anna praktikkan sehingga la keputusan upsr keluar.. cik anna sgt2 berterima kasih sbb A english education dalam tangan. berkat ilmu yang diberikan oleh Allah dan perempuan tersebut menjadi penghubung untuk memberikan ilmu Allah kpd cik anna n the gang, cik anna dpt jugak 5 A dlm upsr.. 
cik anna keluar drpd sekolah rendah n smbng peljarn ke sekolah tinggi yg jaoh sdikit drpd sek. rendah myebabkan cik anna xdapt lagi jumpa dgn perempuan tu.. dgr2 cerita perempuan tu da pindah ke luar negeri. tetapi entah di mana. ada sekli dua cik anna terjumpa di pasar ikan. tapi skrg ni.. cik anna da xjumpa da n langsung xdgr apa2 berita tentang perempuan tu. cik anna sgt2 sedih n sgt2 rindu pd perempuan tu.. xde sape pn yg boleh berada di tempat perempuan tu.. kadang2 cik anna buka gamba2 dulu2 yang ada gamba perempuan tu.. utk dijadikan kenangan dan kadang2 teringat balik kenangan bersama perempuan tu.. ternyata cik anna sangat2 rindu pada perempuan tu.. yg juga merupakan seorang GURU, PEMBIMBING, PENASIHAT, PENDIDIK, KAUNSELOR, PENAIK SEMANGAT dan yang penting.. juga seorang IBU kpd cik anna.. cik anna sgt2 rindu pada beliau... 
dari jaoh cik anna doakan agar insan yang mulia tu sihat dan bahagia sentiasa. cik anna tidak mengharapkan air mata jernih insan tersebut jatuh di bumi lagi.. cik anna tidak putus dalam meminta drpd Allah agar dipertemukan balik cik anna dan insan mulia tersebut.. cik anna yakin dan percaya pada ketentuan Allah... THE END.....

di kesempatan ni, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kpd guru2 yg penah ajar aku terutamanya mama papa aku yang xputus ajar aku kenal dunia ini.. ajar dalam menguruskan diri.. drpd aku kecil hingga la besar... terima kasih ma, pa... budi ma, pa xkan dpt adik blas... kepada guru tadika aku di pasir puteh masa umo 5 tahun.. time kasih jugak sbb tanpa cikgu, saya xmungkin dpt baca surat khabar masa umo 6 tahun.. time kasih cikgu.. pada cikgu tadika kemas di airport.. time kasih jugak sbb sudi time saya dan ajar sy tanpa kira penat lelah.. jugak tahan perangai sy dan kawan2 sekelas.. ye la.. budak2 kan.. huk3.. banyak kenangan di sana cikgu.. tp syg, skrg ni, tadika tu dah xde da.. sedih yg teramat... kpd guru2 di Sek. Keb. Dato' Hashim 2, pengkalan chepa.. time kasih sbb ajar sy banyak perkara.. terima ksih kpd cikgu yang skrg ini dah ada di sisi Allah... terima kasih banyak2 cikgu.. insyaAllah.. ilmu yang cikgu bg pd sy, akan tolong cikgu d Padang Mahsyar nanti.. amin... Al-Fatihah sy sedekahkan kpd cikgu.. =( kepada cikgu, ustaz dan ustazah di Maahad Muhammadi Libanat Kota Bharu.. sy ucapkan terima kasih sbb berikan mutiara2 dan kalam2 Allah kpd sy.. insyaAllah sy akan gunakan pd masa hadapan... beraninya sy, kuatnya sy skrg kerana kalian semua.. sy amat2 berterima kasih kpd semua... tidak dpt sy balas jasa dan budi kalian... =) kpd saudara2 di IPG Kampus Kota Bharu.. sy doakan agar kita semua menjadi guru yang berguna pada anak bangsa.. menjadi guru yang akan mengambil tempat dan peranan guru2 kita dulu untuk mendidik generasi akan datang.. tahniah dan syukur kerana Allah memberi ruang dan peluang kpd kite smua untuk menyebarkan ilmu2-Nya.. insyaAllah....
...SELAMAT HARI GURU... =)


No comments: