Wednesday, September 11, 2013

Aku Insan Hina..

bismillahirrahmanirrahim...
Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu Akbar..
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam..

alhamdulillah pagi ni, aku rasa makin jelas apa yang terjadi pada diri ni. kehidupan aku, siapa aku sebelum ni. Allahuakbar, cantiknya aturan Allah. urusan Allah. perancangan Allah.. 







topik entry kali ni.. Aku Insan Hina.. semua manusia yang hidup sekarang pernah buat salah. pernah buat silap. mungkin sekarang pun ada manusia yang sedang lakukan maksiat. lakukan kejahatan. lakukan kesilapan. aku juga pernah lakukan kesilapan, maksiat. masa buat maksiat tu, apa yang fikirkan ialah seronok. kepuasan diri. hanya tahu enjoy sahaja. aurat? apa tu? tahu tentang aurat tetapi tolak ke tepi. asalkan aku puas hati. bukan tak fikir tentang dosa pahala tetapi menolak ke tepi soal hukum hakam. soal dosa pahala. tapi apa yang aku fikir ialah enjoy semata-mata. 

suatu saat apabila melihat mereka, rakan-rakan yang sekarang ni menjadi sahabat aku sedang berjuang mempertahankan iman. menjaga aurat. menjaga batasan, menjaga diri. apa yang penting, mereka sentiasa meningkatkan iman diri mereka sendiri. tertanya2 jugak pada diri ni, "sampai bila nak hidup mcm ni? tak ada ketenangan. tak ada kemanisan dalam kehidupan." Pada saat tu, Allah mula menjentikkan hati ni dan bagi hidayah.

Allah Maha Pemurah. Allahuakbar,, Pemurahnya Allah.. baiknya Allah... bermula sekitar tahun 2012, aku mula berubah. mula merasa Allah ada dgn aku. mula terasa Malaikat kiri dan kanan ada bersama aku. air mata mengalir menangisi kesilapan diri. siapa aku sebelum ni? di mana aku sebelum ni? ya Allah, hinanya aku di hadapan Mu.. 

satu saat, aku mendengar seorang Ustaz Don Daniyal yang aku sgt kagum dari segi pertuturannya.. ustaz ada katakan, 


"Saidina Umar dahulunya seorang yang sangat kejam. penggal kepala manusia sesuka hati. tapi Allah memberikan hidayah kepada beliau. Menjadi khalifah Ar-Rasyidin.  Sahabat baik Baginda dan sekarang menjadi ahli syurga."

kita? sama sahaja. boleh menjadi ahli syurga. apa yang kita lakukan, apa yang pernah kita lakukan, jangan jadikannya sebagai penghalang untuk kita berubah. Allah Maha Pengasih. Maha menerima taubat. bertaubatnya kita pada hari ni, Allah tak akan lihat apa yang kita buat pada hari semalam. aku suka mendengar ceramah ustaz don kepada adik2 di henry gurney. sila betulkan sekiranya saya salah =)


" Sa'labah, seorang pemuda yang memperjuangkan agama. berjuang demi agama. berkawan baik dengan seorang pemuda yang juga memperjuangkan agama. syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia. sentiasa menghasut manusia membuat kejahatan. suatu saat, beliau ingin melakukan perbuatan keji terhadap isteri rakan baik nya. tidak sempat melakukan perbuatan tersebut, Allah masih menjaganya. Sa'labah bertemu keempat2 khulafah ar-Rasyidin untuk bertanya adakah ada ruang mereka untuk masuk syurga. jawapan yang diberikan teramat mendukacitakan. keempat2 khulafah ar-rasyidin menghalau Sa'labah dan kemudian Sa'labah bertemu dengan Baginda dan Baginda juga memberikan jawapan yang sama. akhirnya, Sa'labah menyembunyikan diri dan bertaubat kepada Allah. Allah Maha Mendengar. begitu lama Sa'labah menyembunyikan diri dan akhirnya Allah Maha Pemurah. Allah memberitahu Rasulullah bahawa taubat Sa'labah sudah diterima dan Rasulullah meminta sahabat untuk membawa pulang Sa'labah. di pertengahan jalan, Sa'labah meninggal dunia. "

 daripada cerita di atas, sejahat2 mana manusia, apabila dia bertaubat, pintu taubat sentiasa terbuka untuknya. Allah Maha Pemurah. Maha Mendengar. baik kan Allah? jadi, jangan pernah kata layak ke aku bertaubat? boleh ke aku bertaubat? bukakan hati, ubah diri. Allah akan tolong.. =) 




Munajat-Irsyadee