Tuesday, September 10, 2013

PRAKTIKUM!

bismillahirrahmanirrahim....
Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam.. 

alhamdulillah, ada juga rasa nak post entry baru ni. kali ni aku nak cerita tentang praktikum. sedar tak sedar, dah dua semester aku praktikum. sekarang ni hanya tinggal seminggu lebih saja untuk aku habiskan masa menjadi guru praktikum. banyak yang aku belajar sepanjang 3 bulan di sekolah. masa 1st practicum dulu sebulan di sekolah itu. dan sekarang ni, dua bulan di sekolah yang sama. perwatakan seorang guru, aku perhatikan. perangai nya, percakapannya, situasi yang berlaku pada seorang guru. semuanya aku perhatikan. bukan senang untuk menjadi seorang guru. kesabaran dalam diri teramat penting. 

aku guru praktikum untuk subjek Pendidikan Pemulihan BM/MT. aku juga guru praktikum untuk subjek Bahasa Malaysia Tahun 2. ada banyak beza antara kedua-dua subjek ni. major subjek aku pemulihan. murid pemulihan tak ramai. untuk BM, tiga orang saja. apa yang menyedihkan apabila mereka tidak boleh mengeja perkataan. 'baju', perkataan yang senang tapi tidak bagi mereka. paling sedih, apabila mereka dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain, mulut pun tak nak buka untuk bercakap. sebab apa? sebab malu. mereka tak pandai membaca. tapi apa yang aku lihat di situasi sebenar, guru kelas biasa tengok anak2 mcm ni mcm sampah dan menyusahkan. penyepak sentiasa dijadikan hadiah utk anak2. sedih apabila ada cikgu mcm ni. apa salah anak2? mereka pun tak nak semua ni berlaku pd diri mereka. kpd cikgu2 di luar sana, tolong... bantu mereka. sekurang2nya, jgn la menghina mereka mcm tu skali... bayangkan sekiranya mereka tu, anak2 kandung kita, apa yang akan kita lakukan? anak2, kuatkan semangat.. cikgu sntiasa doakan anak2 bejaya. =')




Tahun 2 Gigih- anak2 pemulihan


Tahun 3 Gigih - anak2 pemulihan


Penilaian terakhir untuk subjek major-pemulihan. bersama pensyarah pembimbing yang sangat2 baik dan helpful.. =) tthanx for everything Encik Che Othman. Moga Allah membalas dengan pahala.. amin.. =)