Tuesday, September 10, 2013

MATANG!!

Bismillahirrahmanirrahim... =)

dah lama aku tak post entry ni. dah 2 tahun kan? ya Allah, nak kata sibuk tu tak ada la. tp mcm tu la.. dah namanya manusia kan.. pelupa.. =) 

baik, entry terbaru setelah meninggalkan dunia blog selama 2 tahun.. huk3.. 

MATANG!

pernah dengar kan apa itu kematangan. sebelum tu, mesti kita pernah tengok, seseorang baik lelaki mahupun perempuan, berumur 30 tahun. tapi perangai macam kanak2. dan adakalanya lebih drpd kanak2. ada juga kanak2 umurnya 15 tahun, tapi perangainya, percakapannya, penerimaannya, seakan2 orang dewasa. pernah tak kita terfikir apa asbab semua ini? kenapa jadi macam ni. kenapa jadi macam tu? emm aku tak nak cerita la tentang diri orang lain. hanya melihat pada diri aku sendiri kan. jawapan aku hanya satu.. 

PENGALAMAN


apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, itu semua pembelajaran. semuanya pengalaman. pengalaman yang mematangkan kita. bagaimana penerimaan kita terhadap sesuatu ujian. bagaimana cara kita menghadapi sesuatu ujian. itu semua pengalaman. semua manusia ditimpakan ujian. yang membezakan manusia ialah jenis ujian tersebut. ada antara kita ditimpa ujian kewangan. kaya dan miskin semua nya ditimpa masalah yang berbeza tetapi masih dalam tajuk yang sama. kewangan. bagaimana kita jadi seorang yang matang? lihat balik bagaimana penerimaan kita terhadap ujian ni. kalau kita hanya mengeluh dan mengeluh dengan ujian ni, percayala.. sampai bila2 pun kita tak akan jadi matang. jadi apa yang kena buat? 

balik pada Pencipta yang menciptakan ujian!

Allah tak akan bebankan hamba-Nya terhadap sesuatu yang kita sendiri tak mampu. Allah ciptakan kita. Dia tahu semua apa yang terbaik untuk kita. Terima dengan hati terbuka. Yakin pada ketentuan-Nya. jangan pernah salahkan takdir. Letakkan iman di hadapan. salah satu rukun iman

Percaya kepada Qada' dan Qadar



seandainya kita tak percaya pada takdir, itu bermakna kita tak percaya pd Qada' dan Qadar. saat tu, kita boleh nilai, masih ada ke iman dalam hati ni. =) hemm ok, da lama sgt aku xpost entry. mcm kekok pulak nak berbicara. =) mungkin esok hari akan disambung dengan yang lain pulak. Moga Allah permudahkan .. =)