Saturday, September 14, 2013

Mereka kawan, teman, sahabat ku.. =)

bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.
Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam..

alhamdulillah, kita semua masih diberi ruang dan peluang untuk beribadat kepada Allah.. indahkan hidup ni andai letakkan cinta Allah di hadapan.. 



baiklah, untuk entry kali ni.. mengenai kawan, teman dan sahabat. semua manusia yang hidup normal, semestinya mahukan seorang kawan, teman mahupun sahabat. kadang kala kita menganggap seseorang itu hanya sebagai kawan tetapi seseorang itu menganggap kita sebagai sahabat. kadang2 kita menganggap nya sebagai sahabat tetapi dia menganggap kita sebagai kawan sahaja. 



kawan, teman dan sahabat.. ketiga2 jenis perhubungan ini berbeza ye. seorang kawan tidak pasti boleh menjadi teman atau sahabat. seorang teman pula tidak pasti boleh menjadi sahabat. tetapi seorang sahabat, boleh menjadi kawan dan teman dalam apa jua keadaan. =) 

kadang kala, apabila kita senang, kita boleh lihat berapa ramai manusia yang dekat dengan kita. apabila kita sedih, berduka, kita juga boleh lihat berapa ramai manusia yang menjauhi kita. disitu kita boleh menilai siapa kawan, teman dan sahabat kita. 

kadang kala juga, apabila kita sedih, ramai yang akan ada dengan kita, bersimpati dengan kita, menolong kita. tetapi apabila kita senang, mereka makin menjauhi kita sehingga kita sendiri tidak sedar yang kita sendiri akan jadi leka dengan dunia. disitu juga kita boleh lihat siapa kawan, teman dan sahabat.

sahabat yang baik ,merupakan kawan yang sentiasa ada untuk menemani kita dalam apa jua keadaan. apabila kita bersedih, mereka meminjamkan bahu mereka untuk kita menangis dan berpaut. apabila kita senang, mereka memerhatikan kita, menegur andai kita lalai dengan dunia, mengukir senyuman bersama kita. semua manusia boleh menjadi kawan dan teman, tetapi untuk mencari seorang sahabat, teramat susah....~ 



walaubagaimana pun, sentiasalah bersyukur pada Allah kerana memberi mereka semua kepada kita. kerana apa? kerana Allah datangkan mereka kepada kita ada sebabnya. sama ada kita mengubah mereka atau mereka mengubah kita.. =) 






 




Bingkisan rindu- Far east


p/s Happy birthday to u.. moga sentiasa tingkatkan iman dalam diri.. =) 

2 comments:

MiftahusSyifa' said...

Ak tahu mg rindu kt ku kea che kie... Ak blk kb ni. Ngeee :)

MiftahusSyifa' said...

Ak tahu mg rindu kt ku kea che kie... Ak blk kb ni. Ngeee :)