Wednesday, September 11, 2013

Aku Insan Hina..

bismillahirrahmanirrahim...
Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu Akbar..
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam..

alhamdulillah pagi ni, aku rasa makin jelas apa yang terjadi pada diri ni. kehidupan aku, siapa aku sebelum ni. Allahuakbar, cantiknya aturan Allah. urusan Allah. perancangan Allah.. 







topik entry kali ni.. Aku Insan Hina.. semua manusia yang hidup sekarang pernah buat salah. pernah buat silap. mungkin sekarang pun ada manusia yang sedang lakukan maksiat. lakukan kejahatan. lakukan kesilapan. aku juga pernah lakukan kesilapan, maksiat. masa buat maksiat tu, apa yang fikirkan ialah seronok. kepuasan diri. hanya tahu enjoy sahaja. aurat? apa tu? tahu tentang aurat tetapi tolak ke tepi. asalkan aku puas hati. bukan tak fikir tentang dosa pahala tetapi menolak ke tepi soal hukum hakam. soal dosa pahala. tapi apa yang aku fikir ialah enjoy semata-mata. 

suatu saat apabila melihat mereka, rakan-rakan yang sekarang ni menjadi sahabat aku sedang berjuang mempertahankan iman. menjaga aurat. menjaga batasan, menjaga diri. apa yang penting, mereka sentiasa meningkatkan iman diri mereka sendiri. tertanya2 jugak pada diri ni, "sampai bila nak hidup mcm ni? tak ada ketenangan. tak ada kemanisan dalam kehidupan." Pada saat tu, Allah mula menjentikkan hati ni dan bagi hidayah.

Allah Maha Pemurah. Allahuakbar,, Pemurahnya Allah.. baiknya Allah... bermula sekitar tahun 2012, aku mula berubah. mula merasa Allah ada dgn aku. mula terasa Malaikat kiri dan kanan ada bersama aku. air mata mengalir menangisi kesilapan diri. siapa aku sebelum ni? di mana aku sebelum ni? ya Allah, hinanya aku di hadapan Mu.. 

satu saat, aku mendengar seorang Ustaz Don Daniyal yang aku sgt kagum dari segi pertuturannya.. ustaz ada katakan, 


"Saidina Umar dahulunya seorang yang sangat kejam. penggal kepala manusia sesuka hati. tapi Allah memberikan hidayah kepada beliau. Menjadi khalifah Ar-Rasyidin.  Sahabat baik Baginda dan sekarang menjadi ahli syurga."

kita? sama sahaja. boleh menjadi ahli syurga. apa yang kita lakukan, apa yang pernah kita lakukan, jangan jadikannya sebagai penghalang untuk kita berubah. Allah Maha Pengasih. Maha menerima taubat. bertaubatnya kita pada hari ni, Allah tak akan lihat apa yang kita buat pada hari semalam. aku suka mendengar ceramah ustaz don kepada adik2 di henry gurney. sila betulkan sekiranya saya salah =)


" Sa'labah, seorang pemuda yang memperjuangkan agama. berjuang demi agama. berkawan baik dengan seorang pemuda yang juga memperjuangkan agama. syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia. sentiasa menghasut manusia membuat kejahatan. suatu saat, beliau ingin melakukan perbuatan keji terhadap isteri rakan baik nya. tidak sempat melakukan perbuatan tersebut, Allah masih menjaganya. Sa'labah bertemu keempat2 khulafah ar-Rasyidin untuk bertanya adakah ada ruang mereka untuk masuk syurga. jawapan yang diberikan teramat mendukacitakan. keempat2 khulafah ar-rasyidin menghalau Sa'labah dan kemudian Sa'labah bertemu dengan Baginda dan Baginda juga memberikan jawapan yang sama. akhirnya, Sa'labah menyembunyikan diri dan bertaubat kepada Allah. Allah Maha Mendengar. begitu lama Sa'labah menyembunyikan diri dan akhirnya Allah Maha Pemurah. Allah memberitahu Rasulullah bahawa taubat Sa'labah sudah diterima dan Rasulullah meminta sahabat untuk membawa pulang Sa'labah. di pertengahan jalan, Sa'labah meninggal dunia. "

 daripada cerita di atas, sejahat2 mana manusia, apabila dia bertaubat, pintu taubat sentiasa terbuka untuknya. Allah Maha Pemurah. Maha Mendengar. baik kan Allah? jadi, jangan pernah kata layak ke aku bertaubat? boleh ke aku bertaubat? bukakan hati, ubah diri. Allah akan tolong.. =) 




Munajat-Irsyadee



Tuesday, September 10, 2013

PRAKTIKUM!

bismillahirrahmanirrahim....
Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam.. 

alhamdulillah, ada juga rasa nak post entry baru ni. kali ni aku nak cerita tentang praktikum. sedar tak sedar, dah dua semester aku praktikum. sekarang ni hanya tinggal seminggu lebih saja untuk aku habiskan masa menjadi guru praktikum. banyak yang aku belajar sepanjang 3 bulan di sekolah. masa 1st practicum dulu sebulan di sekolah itu. dan sekarang ni, dua bulan di sekolah yang sama. perwatakan seorang guru, aku perhatikan. perangai nya, percakapannya, situasi yang berlaku pada seorang guru. semuanya aku perhatikan. bukan senang untuk menjadi seorang guru. kesabaran dalam diri teramat penting. 

aku guru praktikum untuk subjek Pendidikan Pemulihan BM/MT. aku juga guru praktikum untuk subjek Bahasa Malaysia Tahun 2. ada banyak beza antara kedua-dua subjek ni. major subjek aku pemulihan. murid pemulihan tak ramai. untuk BM, tiga orang saja. apa yang menyedihkan apabila mereka tidak boleh mengeja perkataan. 'baju', perkataan yang senang tapi tidak bagi mereka. paling sedih, apabila mereka dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain, mulut pun tak nak buka untuk bercakap. sebab apa? sebab malu. mereka tak pandai membaca. tapi apa yang aku lihat di situasi sebenar, guru kelas biasa tengok anak2 mcm ni mcm sampah dan menyusahkan. penyepak sentiasa dijadikan hadiah utk anak2. sedih apabila ada cikgu mcm ni. apa salah anak2? mereka pun tak nak semua ni berlaku pd diri mereka. kpd cikgu2 di luar sana, tolong... bantu mereka. sekurang2nya, jgn la menghina mereka mcm tu skali... bayangkan sekiranya mereka tu, anak2 kandung kita, apa yang akan kita lakukan? anak2, kuatkan semangat.. cikgu sntiasa doakan anak2 bejaya. =')




Tahun 2 Gigih- anak2 pemulihan


Tahun 3 Gigih - anak2 pemulihan


Penilaian terakhir untuk subjek major-pemulihan. bersama pensyarah pembimbing yang sangat2 baik dan helpful.. =) tthanx for everything Encik Che Othman. Moga Allah membalas dengan pahala.. amin.. =)

MATANG!!

Bismillahirrahmanirrahim... =)

dah lama aku tak post entry ni. dah 2 tahun kan? ya Allah, nak kata sibuk tu tak ada la. tp mcm tu la.. dah namanya manusia kan.. pelupa.. =) 

baik, entry terbaru setelah meninggalkan dunia blog selama 2 tahun.. huk3.. 

MATANG!

pernah dengar kan apa itu kematangan. sebelum tu, mesti kita pernah tengok, seseorang baik lelaki mahupun perempuan, berumur 30 tahun. tapi perangai macam kanak2. dan adakalanya lebih drpd kanak2. ada juga kanak2 umurnya 15 tahun, tapi perangainya, percakapannya, penerimaannya, seakan2 orang dewasa. pernah tak kita terfikir apa asbab semua ini? kenapa jadi macam ni. kenapa jadi macam tu? emm aku tak nak cerita la tentang diri orang lain. hanya melihat pada diri aku sendiri kan. jawapan aku hanya satu.. 

PENGALAMAN


apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, itu semua pembelajaran. semuanya pengalaman. pengalaman yang mematangkan kita. bagaimana penerimaan kita terhadap sesuatu ujian. bagaimana cara kita menghadapi sesuatu ujian. itu semua pengalaman. semua manusia ditimpakan ujian. yang membezakan manusia ialah jenis ujian tersebut. ada antara kita ditimpa ujian kewangan. kaya dan miskin semua nya ditimpa masalah yang berbeza tetapi masih dalam tajuk yang sama. kewangan. bagaimana kita jadi seorang yang matang? lihat balik bagaimana penerimaan kita terhadap ujian ni. kalau kita hanya mengeluh dan mengeluh dengan ujian ni, percayala.. sampai bila2 pun kita tak akan jadi matang. jadi apa yang kena buat? 

balik pada Pencipta yang menciptakan ujian!

Allah tak akan bebankan hamba-Nya terhadap sesuatu yang kita sendiri tak mampu. Allah ciptakan kita. Dia tahu semua apa yang terbaik untuk kita. Terima dengan hati terbuka. Yakin pada ketentuan-Nya. jangan pernah salahkan takdir. Letakkan iman di hadapan. salah satu rukun iman

Percaya kepada Qada' dan Qadar



seandainya kita tak percaya pada takdir, itu bermakna kita tak percaya pd Qada' dan Qadar. saat tu, kita boleh nilai, masih ada ke iman dalam hati ni. =) hemm ok, da lama sgt aku xpost entry. mcm kekok pulak nak berbicara. =) mungkin esok hari akan disambung dengan yang lain pulak. Moga Allah permudahkan .. =)

Thursday, May 19, 2011

exam3!!!

bismillahirrahmanirrahim...

exam... hemm macam biasa.. exam time dtg menginggah lagi skali dlam hidup aku.. tp kali ni berbeza sikit la.. ye la kan, aku ni baru masuk sem 1 degree.. so, paper exam pn lain jugak la.. kalo dulu, exam sejam setengah, sejam45 mini je.. tp kali ni 2jam setengah.. uhuk~. nak jwb bende la ni.. 19 mei 2011, tarikh pertama, paper pertama, hari pertama bg tahun ni aku exam.. paper Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.. huh memang betul2 mcm sejarah kot.. aku ni dah la kureng ng fakta2 ni..hadui~ isao xleh goreng je ni.. ya Allah, bg la ketenangan pd dirku ini.. sesuai dengan nama ku yang telah Engkau berikan.. amin....~ 

persediaan exam? huhu entah la.. nak kata xbaca, baca la.. nak kata xingat, ingat la.. tp takot kalo2 masuk dlm exam, xleh goreng.. masak la aku nanti.. huhu tp aku yakin.. aku akan diberikan hasil yang sesuai dan berpatotan dengan usaha aku.. insyaAllah.. 

aku punya jiwa sama emosi manyak tenang ini hari.. alhamdulillah nikmat Allah kurniakan.. 19 mei 2011 jugak, aku bukakan hati aku untuk menerima keadaan sekeliling.. menerima apa yg dah belaku.. yes, sememangnya benar kata2 drpd seseorang.. Allah akan berikan pelangi seandainya tiada matahari di waktu hujan.. kata2 ni sangat biasa didengari tetapi apabila kita berdepan dengan sesuatu hal dan masalah, kata2 ini lah penaik semangat, membuatkan kita sabar dengan ujian Allah.. dan memang sgt2 berkesan la bg diri aku.. sbb tu aku selalu tanamkan dalam diri ni.. sekecil mana pn insan, sekecil mana pn idea nya, tetap dapat mengubah sesuatu perkara yang besar.. jadi, jangan sesekali kecilkan kata2 daripada sesiapa jua.. kebijaksanaan seseorang dengan orang lain tidak sama Allah berikan. kadang2 kanak2 umo 7tahun, boleh buat sesuatu atau boleh bg sesuatu yg kita sendiri xboleh pk.. dan xterpk.. itu gifted yg Allah berikan. kita xkan pernah tau kelebihan sekeliling seandainya kita menutup pintu hati kita untuk menerima kelebihan orang.. 

rsnya cukup lah entry pd kali ni.. esok exam.. semoga dpt jawab pd semua yg exam ek.. terutama kpd awak.. ehek~ sy doakan ye.. hehe doakan sy jugak esok, exam 2.30 smpi 5petang. huu lama tu.. n doakan sy dpt goreng ayat2 exam esok.. slmt malam semua.. =)


Wednesday, May 18, 2011

emosi xstabil..

bismillahirrahmanirrahim...

malam ni.. perwatakan ku berbeza.. drpd malam2 sebelum ni.. nape aku rasa macam disisihkan.. dipergunakan?? seakan-akan baju yang dipakai apabila baru beli dr Hypermarket Pengkalan mana2 la.. apabila lusuh.. dah xpakai da.. tp masih simpan utk kegunaan time xde baju lain dah nk pakai.. itu yg aku rasa.. ditanya2.. seorang sahabat yg juga merupakan kaunselor(baru diiktiraf.. hehe) cakap.. dont be paranoid!!! tepinga2 aku kejap.. paranoid?? bermain dgn ilusi sndri..aku macam ni sebelum ni? terlalu fikirkan sesuatu yg negatif?? emmmm ye kot.. kadang2 tgk muka org lain masam pn ingat kite yg sala.. pk org mara kite... tp pk2 balik.. macam betul je aku yg salah.. tp.. si kaunselor baru diiktiraf tu ckp... tu pekara negatif. argghhh!!!!!!!!!!!!!!!!! sakit kepala lak pk ni..

sebenarnya bg aku sndri.. kadang2 apa yg kite pk mungkin ada betulnya.. org mara kite.. depends on situation la.. bukan tibe2 je.. tp pekara ni jugak xelok utk diri sndri.. dan org lain.. kadang2 pekara xde mende pn tp kite pk melampau sgt smpi pekara negatif tu betul2 belaku.. ni semua mainan syaitan laknatullah.. nak menjejaskan hubungan antara manusia.. ish jhat betul la.. tp kadang2 manusia tu sndri yg carik pasal.. iman xkuat xleh lawan sume tu.. Allah da bg petunjuk.. tp xmao ikot. buat kepala sndri.. last2 ada la yg smpi bunuh2 la ape la.. angkara diri xkuat iman.. xguna akal.. nauzubillahiminzalik... 

malam ni aku agak lain dgn beberapa org.. agak beremosi.. agak pelik.. sumenye agak... aku sedar emosi aku xstabil.. aku sedar aku terluka dan melukai.. entah la nape jd macam ni.. kaunselor aku bg jalan utk aku buat terapi.. terapi mental.. huhu drpd sesi tu.. banyak yg aku drpd kaunselr tu.. pengalaman beliau dlm menangani stres.. tangani masalah sekeliling.. bnyk aku dpt.. tp kadang2 senget gak kaunselor tu.. huhu tp aku sedar, senget2 die la yg buatkan aku kuat.. lebih kuat.. terima kasih Ya Allah temukan aku dengan kaunselor tu.. emosi yg td sgt2 xstabil, boleh jd stabil.. drpd sesi terapi aku jalani td, aku da tau apa yg aku pelu buat.. aku tau apa yg pelu aku lakukan.. aku tau langkah aku lepas ni.. terima kasih ya Allah skali lg sbb bg aku jalan, petunjuk utk aku amik.. 

dan kepada insan yang membuatkan aku terluka dan yang aku lukai.. aku mntak maaf sgt2.. aku xde niat utk lukakn sape2.. aku cuma xpandai control emosi aku. aku xpatot buat macam tu. aku patot jd macam biasa je.. xpelu nk terasa ke ape ke.. aku mntak maaf ek.. semoga hubungan kita ni baik2 je esok lusa ek.. insyaAllah.. 


Sunday, May 15, 2011

warkah buat guru....

bismillahirrahmanirrahim... 
agak lama jugak xupdate blog ni.. dekat 5 bulan.. huk3.. entah knpa la baru skrg nk update.. dah la nk exam khamis ni.. sangat bagus kamu wahai bakal guru..!!! 
GURU!!! pendidik.. pentarbiah.. pendakwah.. semuanya guru.. selama 24 jam, mesti ada masa untuk seorang guru.. hemm.. satu cerita yang ingin dikongsi di sini...

tahun 2002.. seorang murid darjah 5.. mendapat gelaran sbgi cik anna.. yg dalam proses mengenal sekeliling.. mengenal keluarga.. menyedari dan mengetahui bahawa dia tidak mempunyai sebuah keluarga yang bahagia sebagaimana orang lain.. dan kadang2 tidak merasa bahawa dia mempunyai seorang ayah.. pada satu tahap, kebencian dalam dirinya amat2 tinggi pada seorang lelaki bernama ayah. pada masa yang sama, dia sedar bahawa semua teman baiknya mempunyai masalah yang sama juga. masalah terhadap seorang lelaki. humm jodoh lah katakan.. semuanya ketentuan Allah..
pada jam 4petang, cik anna and the geng ni ada dalam sebuah rumah kecil milik seorang perempuan, khusyuk menelaah English Education... secara tibe2 je.. salah seorang teman baik cik anna, yang dipanggil cik za, mengeluarkan air mata.. tekejut sume yang ada di dalam rumah kecil tu.. apabila ditanya2 dan dipujuk2 selama beberapa jam, barulah cik za ni cite ape sebab air mata beliau menitis di bumi... dihadapan pemilik rumah tersebut.. cik za cerita bahawa dia sedih sbb baru saja melihat kebingitan, kebisingan, kejatuhan dan semua yang ada ke lah.. akhibat pertengkaran ayah serta ibunya. semua yang ada di situ turut merasai kerana semuanya mempunyai masalah yang sama.. mungkin masalah yang berbeza tetapi tetap dalam kategori yang sama.. at last, semua mata2 yang ada masa tu, bergelora dan berombak dek air jernih ciptaan Allah.. 
tiba2.. pemilik rumah kecil tersebut mengambil langkah dan peranan sbgi tuan rumah... di mana... perempuan tersebut mengatakan bahawa apa2 pun yg berlaku jgn salahkan takdir.. semuanya ada hikmah yang Allah sembunyikan drpd semua.. perempuan itu juga memberikan nasihat dan pujukan kepada semua yang ada mengenai seorang lelaki yang menjadi fokus utama pd hari tersebut. selama beberapa jam jugak la nak habiskan air mata yang bertakung di kelopak mata cik anna and the gang tu.. english education time tu bertukar dgn tears education da.. huk3.. cik anna and the gang mencemuh jugak la pd tuan rumah tu.. ye la.. senang la ckp kan.. bukan dia yg kene. diri yg merasa ni yang perit. banyak kali la cik anna n the gang ni menemuh dgn nasihat2 yg perempuan tu bg. memang xtau di untung la.. dah la dk umah perempuan tu.. boleh pulak dok kutuk2 tuan rumah.. huk3.. cik anna and the gang masa tu.. juz dengar xdengar je la.. ye la malas nk dgr kan.. org dk sedih dk ceramah2 lak org ni.. hati kecil cik anna berkata2.. 
masa nak balik ke halaman msing2.. anak kecil yg bernama alia milik tuan rumah tu datang bawa gamba2 yg dijumpai di dalam bilik stor.. dalam gamba tu, banyak gamba yang telah digunting. dan kebanyakannya gamba lelaki.. di mana ada gamba pengantin, gamba satu keluarga dan macam2 la.. tp semuanya digunting.. hanya tinggal gamba tuan rumah tu n keluarga yang lain saja.. tertanya2 cik anna and the gang masa tu.. siapa lelaki tersebut.. dan cik anna dengan berani nye bertanya anak kecil adik alia tu.. siapakah gerangan nya.. dan adik alia ckp.. gamba yang digunting tu ada dua watak.. satu gamba milik granpa adik alia.. n sorang laki.. milik ayah papa adik alia.. rupa2nya semua nasihat yg diberikan oleh perempuan tu.. berkenaan dgn pengalaman beliau bersama ayah dan bekas suami beliau.. cik anna n the gang sgt2 tekejut... sangat2 bersalah sbb mencemuh nasihat perempuan tu td.. cik anna tau dan sedar bahawa Allah Maha Mengetahui segala2nya.. cik anna tau Allah nk tunjuk pd cik anna n the gang bhw perempuan yg ada depan mata mereka waktu tu, bukan lah perempuan yg biasa. tetapi perempuan yg penuh dengan pengalaman perit yang belenggu hati selama ni.. cik anna sedar.. perit macam mana pn hati cik anna, ada lagi org yg perit berkali2 ganda dengan masalah mereka berbanding cik anna. apa yang cik anna rasakan tu hanya 10% daripada apa yang perempuan tu rsakan...
mulai daripada hari tu, cik anna sring kali menghampiri perempuan tu.. untuk dpt kan banyak lagi nasihat2 drpd beliau.. cik anna sedar bahawa wlu kecil mana pn nasihat yg diberikan oleh perempuan tu, sebenarnya sangat2 mendalam dan bermakna.. sehingga sekarang, cik anna sangat2 berterima kasih pd perempuan tu.. segala ilmu2 dalm english education, cik anna praktikkan sehingga la keputusan upsr keluar.. cik anna sgt2 berterima kasih sbb A english education dalam tangan. berkat ilmu yang diberikan oleh Allah dan perempuan tersebut menjadi penghubung untuk memberikan ilmu Allah kpd cik anna n the gang, cik anna dpt jugak 5 A dlm upsr.. 
cik anna keluar drpd sekolah rendah n smbng peljarn ke sekolah tinggi yg jaoh sdikit drpd sek. rendah myebabkan cik anna xdapt lagi jumpa dgn perempuan tu.. dgr2 cerita perempuan tu da pindah ke luar negeri. tetapi entah di mana. ada sekli dua cik anna terjumpa di pasar ikan. tapi skrg ni.. cik anna da xjumpa da n langsung xdgr apa2 berita tentang perempuan tu. cik anna sgt2 sedih n sgt2 rindu pd perempuan tu.. xde sape pn yg boleh berada di tempat perempuan tu.. kadang2 cik anna buka gamba2 dulu2 yang ada gamba perempuan tu.. utk dijadikan kenangan dan kadang2 teringat balik kenangan bersama perempuan tu.. ternyata cik anna sangat2 rindu pada perempuan tu.. yg juga merupakan seorang GURU, PEMBIMBING, PENASIHAT, PENDIDIK, KAUNSELOR, PENAIK SEMANGAT dan yang penting.. juga seorang IBU kpd cik anna.. cik anna sgt2 rindu pada beliau... 
dari jaoh cik anna doakan agar insan yang mulia tu sihat dan bahagia sentiasa. cik anna tidak mengharapkan air mata jernih insan tersebut jatuh di bumi lagi.. cik anna tidak putus dalam meminta drpd Allah agar dipertemukan balik cik anna dan insan mulia tersebut.. cik anna yakin dan percaya pada ketentuan Allah... THE END.....

di kesempatan ni, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kpd guru2 yg penah ajar aku terutamanya mama papa aku yang xputus ajar aku kenal dunia ini.. ajar dalam menguruskan diri.. drpd aku kecil hingga la besar... terima kasih ma, pa... budi ma, pa xkan dpt adik blas... kepada guru tadika aku di pasir puteh masa umo 5 tahun.. time kasih jugak sbb tanpa cikgu, saya xmungkin dpt baca surat khabar masa umo 6 tahun.. time kasih cikgu.. pada cikgu tadika kemas di airport.. time kasih jugak sbb sudi time saya dan ajar sy tanpa kira penat lelah.. jugak tahan perangai sy dan kawan2 sekelas.. ye la.. budak2 kan.. huk3.. banyak kenangan di sana cikgu.. tp syg, skrg ni, tadika tu dah xde da.. sedih yg teramat... kpd guru2 di Sek. Keb. Dato' Hashim 2, pengkalan chepa.. time kasih sbb ajar sy banyak perkara.. terima ksih kpd cikgu yang skrg ini dah ada di sisi Allah... terima kasih banyak2 cikgu.. insyaAllah.. ilmu yang cikgu bg pd sy, akan tolong cikgu d Padang Mahsyar nanti.. amin... Al-Fatihah sy sedekahkan kpd cikgu.. =( kepada cikgu, ustaz dan ustazah di Maahad Muhammadi Libanat Kota Bharu.. sy ucapkan terima kasih sbb berikan mutiara2 dan kalam2 Allah kpd sy.. insyaAllah sy akan gunakan pd masa hadapan... beraninya sy, kuatnya sy skrg kerana kalian semua.. sy amat2 berterima kasih kpd semua... tidak dpt sy balas jasa dan budi kalian... =) kpd saudara2 di IPG Kampus Kota Bharu.. sy doakan agar kita semua menjadi guru yang berguna pada anak bangsa.. menjadi guru yang akan mengambil tempat dan peranan guru2 kita dulu untuk mendidik generasi akan datang.. tahniah dan syukur kerana Allah memberi ruang dan peluang kpd kite smua untuk menyebarkan ilmu2-Nya.. insyaAllah....
...SELAMAT HARI GURU... =)


Wednesday, January 5, 2011

Kehidupan di tahun baru..

Bismillahirrahmanirrahim... 


Alhamdulillah.. sekarang ni ada juga masa untuk aku menulis blog.. almaklumla.. tahun baru.. semester baru.. peringkat ijazah baru.. semuanya baru.. daftar ipg pada 03/01/2011.. asalnya 02/01/2011.. tapi disebabkan oleh kejuaraan Malaysia perlawanan bola piala AFF Suzuki hari tu.. dapatlah cuti satu hari dan jatuh pada hari ahad.. hem.. semester baru ni.. aku dan bebudak kelas dapat ayah baru.. tutor baru.. wah ramainya tutor kami.. kalau nak dikira.. dah ada dalam 6orang tutor untuk 4semester. wah! ini satu pencapaian yang bangga!! dalam ramai2 tutor ni.. banyak ragam masing2. ye la manusia tak akan lepas daripada ragam. yang buruk kita buang yang baik kita ambil.. hem.. aku harap jugak tutor kali ni akan menjadi tutor selamanya.. insyaAllah... 


Masuk pada cerita tentang pelajaran.. Alhamdulillah pointer semester 3 PPISMP sem lepas agak baik.. mungkin bukan cemerlang tapi naik daripada semester 2 PPISMP. akhirnya.. sekarang ni.. aku dah jadi guru pelatih semester 1 PISMP. dah naik degree la ni.. macam biasa. orientasi 2hari dan tak padat. alhamdulillah... selama 2hari aku di sini.. satu perkara yang perlu dititik beratkan.. ukhuwwah..! 3semester memberikan aku pengalaman pahit dan manis.. dalam masa yang sama aku perlu peka dan perihatin tentang perwatakan semua yang ada di sekeliling.. masuk tahun baru.. apa yang dah terjadi.. ambil pengajaran.. lupakan apa yang orang nak kata. selagi kita tahu dan percaya kita di tempat yang benar... itu yang akan aku lakukan..! Mak saudara aku pernah bagitahu.. " andai ramai yang tak suka kita.. kita jangan marah dia.. jangan tak suka dia.. tapi kita doakan agar hati dia lembut dan sayang kita.. andai dia mengapi2kan orang lain untuk xsuka pada kita.. kita doa banyak2 agar ramai yang suka kita. Allah tahu yang mana betul dan salah.. jangan pula kita doa agar kita xsuka dia jugak.. nanti kita sama macam dia jugak.. " nasihat ini tak akan aku lupa untuk selamanya... terima kasih mak ayah..!


Masuk bab pelajaran balik... tahun ni aku mengharapkan agar menjadi lebih baik.. semester ini aku akan berhadapan dengan SBE dan BIG.. wah!! satu perkara yang mencabar diri aku.. lebih2 lagi BIG..masuk hutan.. kayak.. buat kerja keras.. itu satu cabaran yang kalau boleh aku cuba elak.. sebab aku tak suka kayak.. takut! tapi nak tak nak aku kena buat! sampai bila nak jadi penakut ni? sampai dah tua dah jadi cikgu ke? jadi, aku akan siapkan mental aku untuk BIG.. insyaAllah... =) herm masa kuliah? semester ni tengok jadual tak padat sangat. kadang2 4jam je dalam sehari.. herm ya Allah.. kuatkan aku untuk menghadapi semua ni.. amin.... 


wah mata sudah ngantok.. esok hari pertama untuk sesi belajar.. 7.45pg-3.00ptg.. ada gap.. untuk rehat.. tak padat pun esok.. tapi ye la kan esok hari pertama jumpa dengan pensyarah baru.. wah seronoknya...! harap2 dapat pensyarah yang ok.. tapi macam mana pun pensyarah tu.. aku yang perlu jadi ok dulu.. bukan orang lain.. tapi diri aku dulu.. huhu wah dah jam 1.20 am ni.. selamat malam semua.. semoga mendapat mimpi indah.. amin....=)