Saturday, September 14, 2013

Mereka kawan, teman, sahabat ku.. =)

bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.
Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam..

alhamdulillah, kita semua masih diberi ruang dan peluang untuk beribadat kepada Allah.. indahkan hidup ni andai letakkan cinta Allah di hadapan.. 



baiklah, untuk entry kali ni.. mengenai kawan, teman dan sahabat. semua manusia yang hidup normal, semestinya mahukan seorang kawan, teman mahupun sahabat. kadang kala kita menganggap seseorang itu hanya sebagai kawan tetapi seseorang itu menganggap kita sebagai sahabat. kadang2 kita menganggap nya sebagai sahabat tetapi dia menganggap kita sebagai kawan sahaja. 



kawan, teman dan sahabat.. ketiga2 jenis perhubungan ini berbeza ye. seorang kawan tidak pasti boleh menjadi teman atau sahabat. seorang teman pula tidak pasti boleh menjadi sahabat. tetapi seorang sahabat, boleh menjadi kawan dan teman dalam apa jua keadaan. =) 

kadang kala, apabila kita senang, kita boleh lihat berapa ramai manusia yang dekat dengan kita. apabila kita sedih, berduka, kita juga boleh lihat berapa ramai manusia yang menjauhi kita. disitu kita boleh menilai siapa kawan, teman dan sahabat kita. 

kadang kala juga, apabila kita sedih, ramai yang akan ada dengan kita, bersimpati dengan kita, menolong kita. tetapi apabila kita senang, mereka makin menjauhi kita sehingga kita sendiri tidak sedar yang kita sendiri akan jadi leka dengan dunia. disitu juga kita boleh lihat siapa kawan, teman dan sahabat.

sahabat yang baik ,merupakan kawan yang sentiasa ada untuk menemani kita dalam apa jua keadaan. apabila kita bersedih, mereka meminjamkan bahu mereka untuk kita menangis dan berpaut. apabila kita senang, mereka memerhatikan kita, menegur andai kita lalai dengan dunia, mengukir senyuman bersama kita. semua manusia boleh menjadi kawan dan teman, tetapi untuk mencari seorang sahabat, teramat susah....~ 



walaubagaimana pun, sentiasalah bersyukur pada Allah kerana memberi mereka semua kepada kita. kerana apa? kerana Allah datangkan mereka kepada kita ada sebabnya. sama ada kita mengubah mereka atau mereka mengubah kita.. =) 






 




Bingkisan rindu- Far east


p/s Happy birthday to u.. moga sentiasa tingkatkan iman dalam diri.. =) 

Thursday, September 12, 2013

" Awak, kita ni becinta ke? "

bismillahirrahmanirrahim..
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam..

Alhamdulillah, syukur hari ni masih diberi kesempatan untuk kita beribadat, mengejar cinta Allah. aku juga mengejar cinta jodohku, tetapi tidak akan pernah sesekali aku meletakkan cinta jodohku dihadapan cinta Penciptaku. Senjata paling kecil tetapi manfaatnya besar, doa! =) 

hemm kali ni entry aku tentang cinta. aku terbaca suatu entry mengenai cinta. tertarik untuk aku baca. tertarik untuk aku dengar. tertusuk di kalbu ni seakan2 cerita ini, cerita aku. ingat, 


Allah temukan kita dengan sesuatu ada sebabnya.


sebab tu Allah aturkan aku untuk membaca poem ni.. aku copy paste sahaja ini ya. semoga bermanfaat untuk kita.


Baby, are we in love?

Words by – Ameen Misran
*This poem is inspired by Hilal Asyraf’s “Awak, Kita Ini Bercintakah?”
*Dipersembahkan oleh Ameen Misran of Langitilahi pada 16 Februari 2013 di Seminar Baitul Musilm 2.0, PICC.

I have never held your hands so far,
or looked into your eyes saying that how beautiful you are,
We have never gone out together,
we rarely exchange love letters together.
The only means of communication between us are
through text messages, social media and a couple of phone calls,
when I tweet, you retweet,
when I post a status on facebook, you like,
but should it be just like that?
Love and affection should be more than that.
We are in a relationship
but why do I feel like everything between us is restricted?
It feels like I’m losing you.
I can’t see you unless there’s company from a third party,
I can’t have dinner with you unless there’s intervention from our families.
Exist such distance between our hearts,
and barriers since the very start.
Our separation sometimes makes me scared,
but why, why did you keep on reminding me
“Let us get ourselves prepared”.
I don’t know, I don’t know,
I’m doubtful, are we in love?
Are we really, really in love?
--------------------------------------------
Yes I know I’m wrong,
I was just carried away,
seeing all the couples out there,
at the park, at the restaurant, at the movie theater,
caressing each other,
hugging and kissing like no other,
man! That is romantic!
Seeing all at that,
makes me deprived of my love story,
I’ve always wanted an ideal love story like in the movies,
but I need to stop and let it go,
Because after every rainfall must come a rainbow.
I got to be patient,
the sweetness of happiness is always best tasted after we are tested,
this is not what Allah wants,
this not what the prophet wants,
this is not what we want.
Yes, you are right,
we are deeply in love,
not in their assumption,
but in His definition.
Neither holding our hands,
nor filling up our desired demands,
have defined a loving relationship,
but declared that bond as an abandoned ship!
Allah says that:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Say, [O Muhammad], "If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful" (Ali-Imran: 31).
Following the prophet is what we should do,
never ever give in to the feelings that aren’t true.
This is not our time to go beyond the boundaries,
but it’s time for us to be equipped with all the needed “expertise”,
we got to master a wide range of skills,
financial management, anger management,
Children’s education, automotive skills,
Cooking skills, house-keeping skills,
without these we are killed.
True love is how we center all our love towards the Almighty,
and prevent ourselves from entering that fiery place of severity.
In time, we will be united finally,
and we aspire to build an extraordinary family,
with amazing children who will become leaders of the community,
the leaders of the Ummah.
That destiny starts before we are married,
I cannot imagine us making sins before the day we are united,
that will defeat the purpose of Baitul Muslim, Baitul Jihad, Baitul Dakwah,
as marriage is all about attaining Barakah from Allah!
Love is everything that brings you closer to Allah,
and whatever brings you further from Allah is not love.
I’m looking forward for that day,
our union,
our synergy as one.
You will be my princess,
I’ll be your prince.
Baby,
we are in love.
You are my love.




Wednesday, September 11, 2013

Aku Insan Hina..

bismillahirrahmanirrahim...
Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu Akbar..
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam..

alhamdulillah pagi ni, aku rasa makin jelas apa yang terjadi pada diri ni. kehidupan aku, siapa aku sebelum ni. Allahuakbar, cantiknya aturan Allah. urusan Allah. perancangan Allah.. 







topik entry kali ni.. Aku Insan Hina.. semua manusia yang hidup sekarang pernah buat salah. pernah buat silap. mungkin sekarang pun ada manusia yang sedang lakukan maksiat. lakukan kejahatan. lakukan kesilapan. aku juga pernah lakukan kesilapan, maksiat. masa buat maksiat tu, apa yang fikirkan ialah seronok. kepuasan diri. hanya tahu enjoy sahaja. aurat? apa tu? tahu tentang aurat tetapi tolak ke tepi. asalkan aku puas hati. bukan tak fikir tentang dosa pahala tetapi menolak ke tepi soal hukum hakam. soal dosa pahala. tapi apa yang aku fikir ialah enjoy semata-mata. 

suatu saat apabila melihat mereka, rakan-rakan yang sekarang ni menjadi sahabat aku sedang berjuang mempertahankan iman. menjaga aurat. menjaga batasan, menjaga diri. apa yang penting, mereka sentiasa meningkatkan iman diri mereka sendiri. tertanya2 jugak pada diri ni, "sampai bila nak hidup mcm ni? tak ada ketenangan. tak ada kemanisan dalam kehidupan." Pada saat tu, Allah mula menjentikkan hati ni dan bagi hidayah.

Allah Maha Pemurah. Allahuakbar,, Pemurahnya Allah.. baiknya Allah... bermula sekitar tahun 2012, aku mula berubah. mula merasa Allah ada dgn aku. mula terasa Malaikat kiri dan kanan ada bersama aku. air mata mengalir menangisi kesilapan diri. siapa aku sebelum ni? di mana aku sebelum ni? ya Allah, hinanya aku di hadapan Mu.. 

satu saat, aku mendengar seorang Ustaz Don Daniyal yang aku sgt kagum dari segi pertuturannya.. ustaz ada katakan, 


"Saidina Umar dahulunya seorang yang sangat kejam. penggal kepala manusia sesuka hati. tapi Allah memberikan hidayah kepada beliau. Menjadi khalifah Ar-Rasyidin.  Sahabat baik Baginda dan sekarang menjadi ahli syurga."

kita? sama sahaja. boleh menjadi ahli syurga. apa yang kita lakukan, apa yang pernah kita lakukan, jangan jadikannya sebagai penghalang untuk kita berubah. Allah Maha Pengasih. Maha menerima taubat. bertaubatnya kita pada hari ni, Allah tak akan lihat apa yang kita buat pada hari semalam. aku suka mendengar ceramah ustaz don kepada adik2 di henry gurney. sila betulkan sekiranya saya salah =)


" Sa'labah, seorang pemuda yang memperjuangkan agama. berjuang demi agama. berkawan baik dengan seorang pemuda yang juga memperjuangkan agama. syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia. sentiasa menghasut manusia membuat kejahatan. suatu saat, beliau ingin melakukan perbuatan keji terhadap isteri rakan baik nya. tidak sempat melakukan perbuatan tersebut, Allah masih menjaganya. Sa'labah bertemu keempat2 khulafah ar-Rasyidin untuk bertanya adakah ada ruang mereka untuk masuk syurga. jawapan yang diberikan teramat mendukacitakan. keempat2 khulafah ar-rasyidin menghalau Sa'labah dan kemudian Sa'labah bertemu dengan Baginda dan Baginda juga memberikan jawapan yang sama. akhirnya, Sa'labah menyembunyikan diri dan bertaubat kepada Allah. Allah Maha Mendengar. begitu lama Sa'labah menyembunyikan diri dan akhirnya Allah Maha Pemurah. Allah memberitahu Rasulullah bahawa taubat Sa'labah sudah diterima dan Rasulullah meminta sahabat untuk membawa pulang Sa'labah. di pertengahan jalan, Sa'labah meninggal dunia. "

 daripada cerita di atas, sejahat2 mana manusia, apabila dia bertaubat, pintu taubat sentiasa terbuka untuknya. Allah Maha Pemurah. Maha Mendengar. baik kan Allah? jadi, jangan pernah kata layak ke aku bertaubat? boleh ke aku bertaubat? bukakan hati, ubah diri. Allah akan tolong.. =) 




Munajat-Irsyadee



Tuesday, September 10, 2013

PRAKTIKUM!

bismillahirrahmanirrahim....
Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa sallam.. 

alhamdulillah, ada juga rasa nak post entry baru ni. kali ni aku nak cerita tentang praktikum. sedar tak sedar, dah dua semester aku praktikum. sekarang ni hanya tinggal seminggu lebih saja untuk aku habiskan masa menjadi guru praktikum. banyak yang aku belajar sepanjang 3 bulan di sekolah. masa 1st practicum dulu sebulan di sekolah itu. dan sekarang ni, dua bulan di sekolah yang sama. perwatakan seorang guru, aku perhatikan. perangai nya, percakapannya, situasi yang berlaku pada seorang guru. semuanya aku perhatikan. bukan senang untuk menjadi seorang guru. kesabaran dalam diri teramat penting. 

aku guru praktikum untuk subjek Pendidikan Pemulihan BM/MT. aku juga guru praktikum untuk subjek Bahasa Malaysia Tahun 2. ada banyak beza antara kedua-dua subjek ni. major subjek aku pemulihan. murid pemulihan tak ramai. untuk BM, tiga orang saja. apa yang menyedihkan apabila mereka tidak boleh mengeja perkataan. 'baju', perkataan yang senang tapi tidak bagi mereka. paling sedih, apabila mereka dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain, mulut pun tak nak buka untuk bercakap. sebab apa? sebab malu. mereka tak pandai membaca. tapi apa yang aku lihat di situasi sebenar, guru kelas biasa tengok anak2 mcm ni mcm sampah dan menyusahkan. penyepak sentiasa dijadikan hadiah utk anak2. sedih apabila ada cikgu mcm ni. apa salah anak2? mereka pun tak nak semua ni berlaku pd diri mereka. kpd cikgu2 di luar sana, tolong... bantu mereka. sekurang2nya, jgn la menghina mereka mcm tu skali... bayangkan sekiranya mereka tu, anak2 kandung kita, apa yang akan kita lakukan? anak2, kuatkan semangat.. cikgu sntiasa doakan anak2 bejaya. =')




Tahun 2 Gigih- anak2 pemulihan


Tahun 3 Gigih - anak2 pemulihan


Penilaian terakhir untuk subjek major-pemulihan. bersama pensyarah pembimbing yang sangat2 baik dan helpful.. =) tthanx for everything Encik Che Othman. Moga Allah membalas dengan pahala.. amin.. =)

MATANG!!

Bismillahirrahmanirrahim... =)

dah lama aku tak post entry ni. dah 2 tahun kan? ya Allah, nak kata sibuk tu tak ada la. tp mcm tu la.. dah namanya manusia kan.. pelupa.. =) 

baik, entry terbaru setelah meninggalkan dunia blog selama 2 tahun.. huk3.. 

MATANG!

pernah dengar kan apa itu kematangan. sebelum tu, mesti kita pernah tengok, seseorang baik lelaki mahupun perempuan, berumur 30 tahun. tapi perangai macam kanak2. dan adakalanya lebih drpd kanak2. ada juga kanak2 umurnya 15 tahun, tapi perangainya, percakapannya, penerimaannya, seakan2 orang dewasa. pernah tak kita terfikir apa asbab semua ini? kenapa jadi macam ni. kenapa jadi macam tu? emm aku tak nak cerita la tentang diri orang lain. hanya melihat pada diri aku sendiri kan. jawapan aku hanya satu.. 

PENGALAMAN


apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, itu semua pembelajaran. semuanya pengalaman. pengalaman yang mematangkan kita. bagaimana penerimaan kita terhadap sesuatu ujian. bagaimana cara kita menghadapi sesuatu ujian. itu semua pengalaman. semua manusia ditimpakan ujian. yang membezakan manusia ialah jenis ujian tersebut. ada antara kita ditimpa ujian kewangan. kaya dan miskin semua nya ditimpa masalah yang berbeza tetapi masih dalam tajuk yang sama. kewangan. bagaimana kita jadi seorang yang matang? lihat balik bagaimana penerimaan kita terhadap ujian ni. kalau kita hanya mengeluh dan mengeluh dengan ujian ni, percayala.. sampai bila2 pun kita tak akan jadi matang. jadi apa yang kena buat? 

balik pada Pencipta yang menciptakan ujian!

Allah tak akan bebankan hamba-Nya terhadap sesuatu yang kita sendiri tak mampu. Allah ciptakan kita. Dia tahu semua apa yang terbaik untuk kita. Terima dengan hati terbuka. Yakin pada ketentuan-Nya. jangan pernah salahkan takdir. Letakkan iman di hadapan. salah satu rukun iman

Percaya kepada Qada' dan Qadar



seandainya kita tak percaya pada takdir, itu bermakna kita tak percaya pd Qada' dan Qadar. saat tu, kita boleh nilai, masih ada ke iman dalam hati ni. =) hemm ok, da lama sgt aku xpost entry. mcm kekok pulak nak berbicara. =) mungkin esok hari akan disambung dengan yang lain pulak. Moga Allah permudahkan .. =)

Thursday, May 19, 2011

exam3!!!

bismillahirrahmanirrahim...

exam... hemm macam biasa.. exam time dtg menginggah lagi skali dlam hidup aku.. tp kali ni berbeza sikit la.. ye la kan, aku ni baru masuk sem 1 degree.. so, paper exam pn lain jugak la.. kalo dulu, exam sejam setengah, sejam45 mini je.. tp kali ni 2jam setengah.. uhuk~. nak jwb bende la ni.. 19 mei 2011, tarikh pertama, paper pertama, hari pertama bg tahun ni aku exam.. paper Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.. huh memang betul2 mcm sejarah kot.. aku ni dah la kureng ng fakta2 ni..hadui~ isao xleh goreng je ni.. ya Allah, bg la ketenangan pd dirku ini.. sesuai dengan nama ku yang telah Engkau berikan.. amin....~ 

persediaan exam? huhu entah la.. nak kata xbaca, baca la.. nak kata xingat, ingat la.. tp takot kalo2 masuk dlm exam, xleh goreng.. masak la aku nanti.. huhu tp aku yakin.. aku akan diberikan hasil yang sesuai dan berpatotan dengan usaha aku.. insyaAllah.. 

aku punya jiwa sama emosi manyak tenang ini hari.. alhamdulillah nikmat Allah kurniakan.. 19 mei 2011 jugak, aku bukakan hati aku untuk menerima keadaan sekeliling.. menerima apa yg dah belaku.. yes, sememangnya benar kata2 drpd seseorang.. Allah akan berikan pelangi seandainya tiada matahari di waktu hujan.. kata2 ni sangat biasa didengari tetapi apabila kita berdepan dengan sesuatu hal dan masalah, kata2 ini lah penaik semangat, membuatkan kita sabar dengan ujian Allah.. dan memang sgt2 berkesan la bg diri aku.. sbb tu aku selalu tanamkan dalam diri ni.. sekecil mana pn insan, sekecil mana pn idea nya, tetap dapat mengubah sesuatu perkara yang besar.. jadi, jangan sesekali kecilkan kata2 daripada sesiapa jua.. kebijaksanaan seseorang dengan orang lain tidak sama Allah berikan. kadang2 kanak2 umo 7tahun, boleh buat sesuatu atau boleh bg sesuatu yg kita sendiri xboleh pk.. dan xterpk.. itu gifted yg Allah berikan. kita xkan pernah tau kelebihan sekeliling seandainya kita menutup pintu hati kita untuk menerima kelebihan orang.. 

rsnya cukup lah entry pd kali ni.. esok exam.. semoga dpt jawab pd semua yg exam ek.. terutama kpd awak.. ehek~ sy doakan ye.. hehe doakan sy jugak esok, exam 2.30 smpi 5petang. huu lama tu.. n doakan sy dpt goreng ayat2 exam esok.. slmt malam semua.. =)


Wednesday, May 18, 2011

emosi xstabil..

bismillahirrahmanirrahim...

malam ni.. perwatakan ku berbeza.. drpd malam2 sebelum ni.. nape aku rasa macam disisihkan.. dipergunakan?? seakan-akan baju yang dipakai apabila baru beli dr Hypermarket Pengkalan mana2 la.. apabila lusuh.. dah xpakai da.. tp masih simpan utk kegunaan time xde baju lain dah nk pakai.. itu yg aku rasa.. ditanya2.. seorang sahabat yg juga merupakan kaunselor(baru diiktiraf.. hehe) cakap.. dont be paranoid!!! tepinga2 aku kejap.. paranoid?? bermain dgn ilusi sndri..aku macam ni sebelum ni? terlalu fikirkan sesuatu yg negatif?? emmmm ye kot.. kadang2 tgk muka org lain masam pn ingat kite yg sala.. pk org mara kite... tp pk2 balik.. macam betul je aku yg salah.. tp.. si kaunselor baru diiktiraf tu ckp... tu pekara negatif. argghhh!!!!!!!!!!!!!!!!! sakit kepala lak pk ni..

sebenarnya bg aku sndri.. kadang2 apa yg kite pk mungkin ada betulnya.. org mara kite.. depends on situation la.. bukan tibe2 je.. tp pekara ni jugak xelok utk diri sndri.. dan org lain.. kadang2 pekara xde mende pn tp kite pk melampau sgt smpi pekara negatif tu betul2 belaku.. ni semua mainan syaitan laknatullah.. nak menjejaskan hubungan antara manusia.. ish jhat betul la.. tp kadang2 manusia tu sndri yg carik pasal.. iman xkuat xleh lawan sume tu.. Allah da bg petunjuk.. tp xmao ikot. buat kepala sndri.. last2 ada la yg smpi bunuh2 la ape la.. angkara diri xkuat iman.. xguna akal.. nauzubillahiminzalik... 

malam ni aku agak lain dgn beberapa org.. agak beremosi.. agak pelik.. sumenye agak... aku sedar emosi aku xstabil.. aku sedar aku terluka dan melukai.. entah la nape jd macam ni.. kaunselor aku bg jalan utk aku buat terapi.. terapi mental.. huhu drpd sesi tu.. banyak yg aku drpd kaunselr tu.. pengalaman beliau dlm menangani stres.. tangani masalah sekeliling.. bnyk aku dpt.. tp kadang2 senget gak kaunselor tu.. huhu tp aku sedar, senget2 die la yg buatkan aku kuat.. lebih kuat.. terima kasih Ya Allah temukan aku dengan kaunselor tu.. emosi yg td sgt2 xstabil, boleh jd stabil.. drpd sesi terapi aku jalani td, aku da tau apa yg aku pelu buat.. aku tau apa yg pelu aku lakukan.. aku tau langkah aku lepas ni.. terima kasih ya Allah skali lg sbb bg aku jalan, petunjuk utk aku amik.. 

dan kepada insan yang membuatkan aku terluka dan yang aku lukai.. aku mntak maaf sgt2.. aku xde niat utk lukakn sape2.. aku cuma xpandai control emosi aku. aku xpatot buat macam tu. aku patot jd macam biasa je.. xpelu nk terasa ke ape ke.. aku mntak maaf ek.. semoga hubungan kita ni baik2 je esok lusa ek.. insyaAllah..